Pengalaman Makan Burger Salmon di Kanada

Pada hujung mingu yang lepas, saya serta suami bercadang ingin menikmati pengalaman makan burger salmon yang di masak di tepi sungai.  Bila sampai ke situ saya dapat merasakan ketenangan dan kedamaian.  Tidak pelik jika saya katakan penduduk di sini panjang umurnya kerana hidup dalam suasana yang aman damai serta tenang.

Gerai burger terletak di Kitamaat Village. Sebuah perkampungan penduduk yang di kenali sebagai orang pertama (First Nation).  Mereka merupakan penduduk asal di Kitimat sejak berkurun lamanya.  Insyaallah, jika saya ada kesempatan saya akan menulis khas artikel berkenaan masyarakat First Nation iaitu penduduk peribumi.

Bila sampai di Kitimaat Village, saya terpaku melihat kawasan sekeliling.  Saya seperti pulang ke kampung halaman di Malaysia.  Setiap kali berjalan berselisih kereta, mereka mengangkat tangan.  Apabila duduk di meja gerai burger, mereka say 'hi'.  'How are you?' sentiasa bermain dibibir mereka.  Saya cukup jatuh hati budaya mereka yang suka bertanya khabar. Wah, sungguh mendamaikan.

Ada situasi yang amat melucukan berlaku.  Ketika itu saya bersama anak perempuan saya ingin mengambil gambar bunga-bunga lupin yang terdapat banyak tumbuh di tepi jalan.  Sedang kami asyik menggayakan diri di tepi pokok.  Sebuah kereta MPV berhenti berdekatan kami.

"Hi, do you have any problem?"

"No", jawab saya.

Saya sudah mengagak pasti mereka ingat kami dalam kesusahan.  Ye la kan... penduduk sini apa yang dia hairankan dengan pokok lupin ni.  Kami ni yang kelihatan pelik sebab tidak pernah melihat pokok-pokok bunga berwarna ungu tumbuh meliar di tepi jalan.  Memang cantic sangat.

Suami saya yang daripada tadi memang tidak keluar kereta hanya memerhati dan mentertawakan kami dua beranak.  Sabar je lah..

"We are just taking a photo", jawab saya lagi kepada Mat Saleh.

"Are you sure?".

Sekali lagi dia bertanya ingin menghulurkan bantuan. 😀

Dalam hati saya sendiri menjawab…

'Padan muka aku' 😅

Pemandangan di Kitamaat Village


Bergambar ditepi jalan raya sebelum ditegur 

Menikmati burger salmon



0 ulasan