Musim Luruh (autumn) Semakin Hampir

Kami baru sahaja pulang dari Malaysia...

Sejak seminggu meninggalkan Tanahair, terdetik juga jauh di satu hati sebuah kerinduan.  Rindu dengan keluarga.  Mak yang di kasihi, adik-beradik yang disayangi.  Kerna, kali ini peninggalan saya lebih lama.  Insyaallah setahun lagi baru saya dan keluarga akan pulang ke Tanahair. 😗

Namun, dalam masa yang sama… saya juga rindu dengan rumah sendiri.  (rumah di Kanada) Sejak lebih 6 bulan menghuni bumi Kanada ini.  Hati saya sudah mula sayang dengan suasana di sini.  Ye lah, orang kata sekiranya lebih 3 bulan tinggal di satu-satu tempat kita akan mula dapat menyesuaikan dengan suasana di situ.

Sebelum terbang ke Malaysia, suhu di Kitimat lebih kurang 28 degree.  Tetapi, bila sampai semula ke sini suhu sudah mencecah 10 degree.  Hanya dalam tempoh 3 minggu suhu sudah berubah jauh berbeza.  Begitulah hidup di negara 4 musim, sentiasa bersedia dengan cuaca serta peka  dengan suhu.  Bermakna sekarang sudah masuk musim luruh (fall).  Bukan sahaja kena peka dengan suhu setiap hari tetapi kami juga kena peka dengan waktu solat.  Sekiranya 3 minggu lepas, waktu solat isyak ialah ada jam 11.59 malam (kira jam 12 tengah malam) kan!  Namun, pada hari ini waktu solat isyak ialah pada jam 10.47 malam.  Apa-apa pun saya mohon pada Allah Taala supaya sentiasa diberikan kekuatan dalam mengerjakan ibadah wajib ini.  


Koleksi : semasa trip ke Victoria, BC

0 ulasan