Pengalaman Naik Kapal Terbang


Kringgg....

Tepat jam 4 pagi...

Alhamdullilah, terima kasih pada Lana dan Umar kerana boleh bersiap tepat pada masa yang disarankan oleh Papanya. 

Jam 5 pagi, teksi sampai membawa 7 beg kami.  Pemandu teksi kata beg kami sudah penuh tetapi tidak muat untuk masuk penumpang.  Nasib baik Pak Su dan Mak Su ada bermalam di rumah kami.  Maka, merekalah yang jadi mangsa untuk membawa kami ke KLIA.  😄😄 Walaupun peringkat awal hanya nak ucap selamat tinggal di depan pintu pagar rumah kami.  Diberi amanah untuk membersihkan rumah kami sebelum mereka pulang ke rumah. 😃 Mak Su Mira lah yang paling seronok bila kata dia boleh ikut sampai KLIA. (Mak Su Mira merupakan adik ipar bongsu saya)

Pelepasan kapal terbang dari KLIA.  

Urusan di kaunter beg, Allah permudahkan walaupun peringkat awal berlaku sedikit kekalutan.   Banyak yang perlu dipelajari dan dipertingkat kan lagi oleh syarikat penerbangan ini.  Bukan tak sayang dengan slogannya ‘Best Cabin’  hampir setiap tahun.  Tapi,  gelaran itu semakin luntur apabila di layan begitu oleh Kakak cantik terlebih maskara.  

“Semua beg perlu dipindahkan sendiri ye ke terminal penerbangan domestik”.

“Kami rasa tidak cukup masa.  Hanya dalam tempoh 2 jam untuk selesaikan perpindahan semua beg.  Tidak ada cara lain ke? Lagipun sebelum ini, kami hanya keluarkan beg di airport terakhir iaitu ‘Terrace Airport’.  Beg saya banyak”.

“Maaf encik”, jawapan yang mengecewakan
..😬😬

Kelihatan diwajahnya sebuah penyesalan.  Tiada penyelesaian di bumi tanahair sendiri.

Adakah kami yang sangat lewat hadir ke pintu penerbangan... 5 jam lebih awal dari masa yang ditetapkan (boarding time).

Ye betul... Alhamdullilah urusan settle dan kami on board..

Sedikit demi sedikit pandangan hijau Tanahairku  daripada pandangan mata. Hanya bertemankan sayap berlambang wau di sebelah kiri.  

Selamat tinggal Malaysia... semoga bertemu lagi di lain tahun. 😍



#biarairmatamengiringinya
#selamattinggalMalaysia
#pulangkeKanada
Pemandangan di Victoria, Canada jam 9 malam









0 ulasan