Cerita Pagi Ahad

Tuk Tuk Tuk...

"Good morning..." salaman dari pemuda mat saleh berpakaian lengkap kerana berbasikal.

"Good morning..." jawab suami.

"mmm i'm sorry for disturbing.  Your car's door did not locked.  It's opening.  Any problem with your car?", tanya pemuda itu lagi dengan bersungguh.

"opps.  Really... I forgot to close it.  Last evening I pull out my Thule".

Sambil suami berjalan ke arah kereta.

Mengucapkan terima kasih di atas peringatan.

Allahuakbar...saya mendengar dan melihat situasi itu dengan pandangan syukur.  Alhamdullilah...😊

Saya tidak menyangka… rupa-rupanya Allah pelihara kenderaan kami.  Itulah satu-satunya kereta mampu milik kami di sini.

Pada tengahari pula,  sedang saya keluar ke kereta untuk ke pasaraya membeli barang-barang dapur.  Saya di hampiri oleh jiran sebelah rumah saya yang baik hati Carol.

Beliau bertanya perkara yang sama pada saya.

"How are you Siti?", Carol menyapa.

"I'm good", jawab saya.

"What's happening to your car?  Are you drying your sofa?".

Soalan yang saya sudah agak dia akan bertanya seperti pemuda pagi tadi...

Saya melihat Carol dengan pandangan yang melucukan kerana dia tergelak dengan jawapan daripada saya.

'boleh lupa nak tutup pintu kereta.  Adoi lah!'

Begitulah kita kan, sesama jiran.  Saling memerlukan dan bantu-membantu.  Mungkin ada yang jiran terlupa sesuatu.  Tetapi apa-apa pun...sentiasalah berbuat baik sesama manusia dan bersangka baik.

Mudah-mudahan Allah memberi banyak kebaikan kepada mereka dan pelihara mereka daripada kecelakaan.

Catatan Harian,
Perantau Desa di Bumi Kanada


0 ulasan