Kayuh basikal di Kanada

Antara senaman yang saya suka lakukan adalah mengayuh basikal...

Saya masih ingat lagi pada zaman persekolahan, kenderaan utama saya ialah basikal.  Hari-hari saya mengayuh lebih daripada 10 kilometer untuk ke sekolah.  Kadang-kadang bila saya fikir 'kuatnya aku pada zaman kanak-kanak'.

Sekarang bila sudah meningkat usia, kayuhan semakin perlahan dan tidak jauh.  Di tambah pula dengan suhu dan cuaca di Kitimat ini membuatkan hati jadi lebih malas untuk berkayuh.  Kenapa jadi begitu?  Kadang-kadang saya sudah merancang untuk mengayuh tetapi tiba-tiba suhu menjunam maka saya membatalkan niat saya untuk mengayuh.

Lama saya berfikir bagaiman untuk terus saya kekalkan momentum ini.  Selepas search di amazon.com saya mencari satu alat yang boleh pasang di tayar basikal. Jadi, sekiranya cuaca tidak mengizinkan boleh juga saya mengayuh ala-ala berangan keliling Kitimat.

Petang semalam merupakan kayuhan yang paling jauh saya lakukan sepanjang di sini.  Nak tahu kena join jadi follower di strava.com.  Tak ada lah macam tu...saya nak ajak semua sahabat-sahabat dan follower saya sama-sama jaga kesihatan.  Saya sudah merasakan bagaimana rasa badan sekiranya kita tidak membuat sebarang aktiviti yang cergas.  Berbulan-bulan saya menanti ketika itu semasa di musim sejuk.  Nak buat aktiviti cergas di luar… sudahnya diri sendiri merana kerana tidak fikirkan yang terbaik untuk badan sendiri.

Ok sambung balik...berapa jauh ye.. tak jauh pun sekadar 6 km.  Lepas kayuh tu saya singgah pasaraya beli barang dapur pula letak di belakang basikal.  Ada bakul comel saya letakkan.😀

Keadaan yang sungguh nyaman menyebabkan rasa diri nak meloncat-loncat.  Salah satunya sudah lebih 5km... badan masih lagi belum mengeluarkan peluh.  Suhu sekitar 18 degree.  Ok la sangat...

Keadaan jalan di sini tidak semua rata, ada juga bukit yang wajib saya redah.  Yang paling tak tahan bila melalui kawasan rumah yang ada anjing.  Confirm kena jerit.  Terkejut akak!😅  Rupanya dengan anjing di sini kita kena say 'hi!'.  Baru dia senyap… betul memang diaorang senyap semalam.  senyum je 😎.  Ha, itu petua ye... mengayuh sekitar Kitimat.  Tak boleh nak elak sebab hampir ke semua rumah di sini ada anjing. Tiada pilihan.  Kita hormati antara satu sama lain ok!




0 ulasan