Morning Walk

Hari ini sudah masuk hari kedua, saya berjalan sekeliling kawasan tempat tinggal dalam keadaan hujan gerimis.  Walaupun hujan gerimis... habis juga baju kot saya basah. Nak tunggu hujan reda, rasanya tidak mungkin sebab mengikut ramalan kaji cuaca hujan akan berlangsung sehingga hari Jumaat.  Maka, saya redah sahaja.  Kalau tidak badan tidak berlaku pemecahan kalori.  Nak kayuh basikal, sudah tentu lebih sejuk.

Melihat yang tua berjalan mengambil angin pagi.  Kebanyakan daripada mereka berjalan beriringan bersama anjing pemeliharaan masing-masing.  Sudah resminya mereka wajib anjing mereka keluar berjalan tidak kira musim.  Buatkan hati saya bertanya...

‘Tidak sejukkah mereka ini?  Mungkin sudah imun dengan cuaca di sini 🇨🇦’ .  Dalam kedinginan suhu yang menghampiri negatif 🥶 .   Saya juga yakin satu masa nanti akan imun juga dengan cuaca dan suhu ini seperti mereka. 😊 Ramai kenalan di sini yang mengatakan begitu...

Tetapi saya juga terfikir tentang usia mereka... ramai di kalangan mereka di mana apabila saya berselisih pandangan dengan saya di pagi ini.  Saya lihat usia mereka sudah lebih 60 tahun.  Masih kuat dan laju berjalan di bandingkan dengan saya.  Terasa malu pada diri sendiri.  Semangat mereka bukan calang-calang.  Di sini, kebanyakan mereka panjang usianya. Dan, saya yakin kerana tabiat ‘morning walk’ mereka selama bertahun-tahun.

Setiap kali berselisih jalan...
Selamat Pagi adalah mainan di bibir mereka.  Ada juga yang muda hanya menundukkan kepala tanda hormat.  Pelbagai keletah dan ragam saya lihat pagi ini. Sambil berlari menyorong ‘stroller’ anak kecil, ada yang sanggup berjogging.  Menolak sambil tangan di sebelah menjinjing tali anjing pemeliharaannya.  Ye betul, tabah sekiranya kita lihat daripada sudut positifnya.  Hati saya rasa nyaman dan segar sebenarnya.  

Ada yang bertanya, kenapa tidak ramai orang?  Saya pun tidak tahu tetapi memang beginilah suasana pagi di sini.  Lagipun penduduk tidak ramai sebenarnya.

Bersyukur kerana di beri peluang berada di bumi ini Kanada.  Melayari liku-liku sebagai penduduk kampung di Kanada. Bukan tidak terusik rindu pada Tanahair tetapi kami ada perjuangan dan cabaran yang perlu diselesaikan untuk negara Malaysia.

#ceritakamidikanada
#nukilanpagdikitimat





0 ulasan