Pengalaman Melihat Pasific Salmon Berenang

Pada hujung minggu lepas, saya bersama keluarga pergi ke sebuah kawasan yang dikatakan tempat untuk melihat ikan salmon.  Tetapi, pada kali ini saya melihat ikan salmon pasifik berenang dalam keadaan melawan arus air.

Rupa-rupanya pada bulan ini iaitu pada awal bulan September hingga ke hujung Oktober merupakan musim ikan salmon bertelur.  Satu perkara yang unik tentang kehidupan rantaian hidup ikan salmon pasifik ialah ikan salmon betina akan mati selepas bertelur.  Ikan salmon sendiri mempunyai pelbagai jenis.  Tinggal bertahun di Lautan Pasifik. Kemudian, mereka akan berenang ke hulu sungai yang mana airnya sangat bersih untuk melepaskan telur.

Lakelse Watershed merupakan tempat yang sering dikunjungi oleh salmon coho, pink, chinook, steelhead dan Salmon sock-eye.  Setiap spesis akan bertelur pada masa yang berbeza.  Kebanyakannya akan memilih air yang tenang, jernih dan bersih bermula dari hayatnya.  Hebatnya tentang ikan salmon ialah mereka boleh menghidu lebih daripada 80 billion jenis pencemaran dalam laut. Kemudian, berenang dengan selamat ke tempat bertelur.

William Creek merupakan anak sungai utama yang menjadi habitat salmon Sockeye.  Salmon Sockeye dewasa akan kembali ke William Creek untuk bertelur bermula pertengahan Ogos sehingga akhir September. Salmon Coho pula akan datang bertelur pada bulan September dan Oktober.

Ikan salmon betina berjenis Sockeye akan mengeluarkan lebih daripada 3000 telur di dalam lubang yang mereka telah gali. Ketika ini salmon telah bertukar kulitnya kemerah-merahan.  Ikan salmon jantan pula akan mengeluarkan telurnya, dan telur-telur itu akan dibiarkan di dalam lubang sehingga musim panas pada tahun berikutnya. Ikan salmon betina akan mati selepas mengeluarkan telurnya.  Telur-telur salmon akan berdiam di kawasan William Creek dan Lakelse Lake sehingga tahun hadapan.

Apabila telur-telur pecah dan anak-anak ikan salmon akan berenang dari air jenis tawar ke air jenis masin sehinggalah ke tengah lautan.  Daripada  Lakelse Lake mereka akan migrasi ke Lautan Pasifik sehingga 2 ke 3 tahun berada di air masin.  Masuk tahun ke 4, mereka akan pulang semula ke air tawar untuk proses pemijahan dan seterusnya bertelur tempat mula-mula mereka di lahirkan. Bermula kitaran semula kehidupan si ikan salmon.

Menarik sangat bila saya dapat tahu kitaran hidup ikan salmon.  Tidak hairanlah harganya sangat mahal kerana kehidupannya sangat unik dan ia merupakan ikan yang cerdik.😀

Kitaran hidup Pasifik Salmon

William Creek (salmon spawning)

ikan salmon sockeye


0 ulasan