Angin Petang di tepi tasik

Pada hari Ahad yang lepas, selepas pulang dari Terrace... saya singgah sekejap di Lakelse Lake.

Lakelse Lake merupakan sebuah tasik yang besar di mana alirannya akan terus ke Lautan Pasifik.  Ia sangat besar.  Namun begitu, untuk sampai ke Lautan Pasifik ia mengambil masa 8 jam untuk sampai ke sana mengikut laluan tasik ini.  Saya juga tidak pasti adakah tasik ini merupakan antara tasik terbesar di Kanada.  Memang terdapat banyak tasik di Kanada sebenarnya, ratusan termasuk yang kecil.  Tasik ini merupakan antara kawasan ikan Salmon.  Memang banyak….  Pada musim sekarang iaitu antara Ogos hingga Oktober merupakan musim ikan Salmon bertelur.

Apabila di sebut musim luruh… ia memang sangat cantik kerana rata-rata pokok berwarna oren serta kuning-kekuningan.  Namun, di waktu ini penyakit batuk dan selsema mudah terkena pada sesiapa sahaja.  Ini disebabkan kerana suhu yang tidak stabil dan daun kering yang berterbangan. Kadang-kadang diwaktu musim ini, anak-anak suka bermain di luar rumah tanpa memakai pakaian yang sempurna kerana sudah terbiasa dengan musim panas yang sebelum ini. Serangan penyakit akan datang dengan cepat.   Maka, di sini vaksin flu digalakkan untuk ambil pada bulan Oktober. Lagipun ia percuma di sini.

Jom...kita layan gambar di tepi tasik….









Pesanan :  Semua gambar atau kata-kata di sini merupakan hak cipta terpelihara.  Di larang sama sekali menyalin atau mengubahsuai tanpa kebenaran daripada pemilik blog ini.


0 ulasan