Berita Dari Malaysia

Ramai yang akan kata

"Seronoknya tinggal di oversea!"

"Seronok tapi ada juga yang tidak seronoknya",  jawab saya.

"Apa dia yang tidak seronok?" tanya mereka.

"Bila dapat berita yang menyedihkan dari Malaysia", jawab saya.

Pada minggu lepas, saya menerima berita yang menyedihkan dari Malaysia.  Ibu mertua saya di serang penyakit angin ahmar.

Pada mulanya adik-beradik hanya megatakan ibu mertua saya yang saya panggil 'Mek' lemah tubuh badan.  Mek di hantar ke hospital dan kena tahan wad selama 1 hari.  Mek mengalami keletihan yang melampau kata mereka.  Lebih 3 hari suami saya berfikir dan merenung wajah ibunya dalam-dalam.

"Ada yang tidak kenalah dengan Mek ni.  Papa rasa tidak sedap hatilah ",  suami saya mengatakan suara hatinya pada saya pada malam yang kedua.

Suami saya cuba sekali lagi menelefon adiknya untuk bercakap sendiri dengan Mek.  Tetapi Mek tidur kata mereka.

"Mek ni macam kena mild stroke la", kata Hamidah (adik ipar saya).

Pada masa itu, saya lihat air muka suami sudah berubah.  Kedengaran suaranya sudah tersekat-sekat.  Baru terbongkar cerita sebenar.  Terus dia memberhentikan perbualan. 😔  Saya meminta anak-anak saya masuk tidur.  Suasana yang sangat memilukan pada waktu itu.

"Papa nak balik Malaysia lah, Mama ", suami saya bersuara.

"Berapa harga tiket?", tanya saya.

"Mahal sangat lah", jawab suami.

Saya tinggalkan sebentar untuk suami menenangkan fikiran di meja makan.

Selepas selesai urusan anak-anak...

Kedengaran tangisan seorang dewasa yang bernama lelaki. 😢

Dia sedang bercakap dengan rakan baiknya di telefon. Kemudian, talian diputuskan... sebak ...hanya berbalas 'whatsapp'.

Saya datang memeluknya daripada belakang.

"Mama pergilah masuk tidur dulu.  Bagi Papa sedikit ruang".

Sedih, pilu... tidak ada kata-kata yang boleh diucapkan.  Tiada bantuan pada ketika ini... hanyalah talian telefon menghubangkan antara kami diantara benua.  Sekiranya pada satu tanah, saya yakin kami sudah terus menghidupkan enjin kereta dan terus pulang ke kampung.

Saya tahu suami saya tidak dapat melelapkan mata.

Saya biarkan dia menenangkan fikiran.

Tiket untuk pulang ke Malaysia yang berharga hampir 12 ribu membuatkan kami termenung panjang.

Pada tengahari esoknya...

Saya terima berita dari suami.

'HR kata boleh tangguh penerbangan pulang ke Malaysia.  Cuti diluluskan selama seminggu' pesanan ringkas dari suami

"Alhamdullah", saya menjawab sendirian.

'Tapi lagi 4 hari baru dapat tiket.  Tiket dari Terrace ke Vancouver dah penuh sampai Sabtu' sekali lagi pesanan ringkas dari suami.

'Yang penting dapat.  Alhamdullilah', sekali lagi saya menjawan pesanan ringkas dari suami.

Jauh disudut hati saya, terasa juga kesedihannya kerana kami akan ditinggalkan berjauhan selama seminggu.  Tidak pernah lagi kami ditinggalkan sangat jauh tapi itulah pilihannya.

Seminggu ini saya mendengar, melihat daripada telefon bimbit.  'Video call' menjadi teman kami  berbicara.  Bukan tidak rindu tetapi saya memberi ruang kepada suami saya mendampingi ibunya, merawat ibunya, solat bersama, mengaji bersama dan memerhatikan segala gerak-geri ibunya.

Dari kejauhan saya memanjatkan doa buat Mek supaya sihat seperti sebelum ini.  Kerana, kekuatan anak-anaknya adalah pada ibu seorang ini.  Mek merupakan ibu tunggal lebih 20 tahun.  Menjadi balu dalam keadaan anak-anak masih kecil dan masih bersekolah.  Kekuatan dan semangat pada Mek tidak dapat digambarkan.  Beliau memang seorang ibu cemerlang.

Dalam seminggu ini... terlalu banyak keajaiban berlaku. Mek semakin beransur pulih.

Hanya Allah yang ku mohon kesyukuran.  Mohon kesungguhan padaMu ya Allah.  Tiada tempat lain selain daripadaMu ya Allah...

Lapangan Terbang Regional Northwest Terrace







0 ulasan