Cerita Hantu di Kanada

Setiap hari saya akan mengambil dan menghantar anak-anak saya ke sekolah...

Pada mula-mula datang ke mari anak-anak saya naik bas sekolah tetapi setelah saya membeli kereta.  Saya mengambil keputusan untuk menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah.  Sekurang-kurangnya jimat duit tambang bas sebulan.  Boleh tahan juga bayarannya untuk dua orang. CAD 63 dolar untuk 2 orang.

Bila hantar anak… mata saya akan mencari kawasan-kawasan yang sesuai untuk mengambil gambar bersama mereka untuk di buat kenangan dan saya suka bercerita dalam blog tentang kehidupan saya di sini.  Mungkin ada pembaca yang suka ingin tahu tentang Kanada ni kan!

Pada hari Isnin kelmarin, selepas mengambil Lana dan Umar dari sekolah.  Saya mengajak anak-anak saya ke satu taman yang sangat cantik dengan daun-daun yang sudah banyak luruh.  Memang cantik.  Kawasan ini baru sahaja pihak berkuasa bersihkan untuk dijadikan kawasan rekreasi.

Tidak jauh dari situ, ada sebuah kubur lama.  😬

Saya dan suami pernah makan bersama kenalan yang datang dari Calgary. Habis makan di restoran itu, datang cashier girl ajak bersembang. Saya lihat pun petang itu tidak ramai pelanggan hanya kami bertujuh. Tanya kami datang dari mana?  Katanya nampak macam baru… tidak biasa nampak muka saya di sini.  Ye lah… lagipun masa itu saya baru sebulan sampai dari Malaysia.

Kenalan  saya dari Calgary, Mr Kent mulalah menyambung sembang Minah Saleh ini.  Agaknya bila sudah seronok, maka dia pun bukalah cerita pasal restoran tempat dia kerja ini.

Katanya ramai yang datang kerja di sini tetapi sekejap sahaja… lepas itu berhenti.  Sebab apa?

Katanya ada gangguan dari ehem ehem ehem katanya…. saya sudah seram.  Kebetulan masa itu sudah mula gelap.

Ceritanya begini katanya

Kadang-kadang bila dia shift sebelah malam...

Dia bersembang dengan kawannya secara membelakang… bersungguh-sungguh dia bercerita.  Kemudian bila dia paling pada kawan dia.  Rupanya kawan dia dah pergi ke bahagian lain.  Rupanya dia bercakap dengan siapa?  Jeng jeng jeng...

Satu lagi dia bercerita dengan kawannya semasa waktu kerja tetapi mereka mendengar ada suara seorang lagi yang menyambung sembang mereka.  Jeng jeng jeng...

Kata Minah Saleh tu.… menurut tuan punya restoran ini.. Ada kubur lama di tepi restoran itu.

Haaaaa… macamana?

Begitulah ceritanya… lepas tu habislah.  Kami pun balik lah ke rumah dan Mr Kent serta kenalannya pulang ke hotel Mstar.

Jangan ingat mereka tidak percaya pasal cerita macam ni.  Lagi hebat tau mereka percaya..

Angin kuat sangat!!

Nampak tak satu rumah lama tu? Itulah restoran yang saya maksudkan.

Orang sini tak heran pun dengan daun kering nih… 😆

0 ulasan