Morning Coffee ☕️

Cerita pagi semalam....  ☕️

Menerima jemputan daripada jiran terhampir.  Sebelah rumah.  Saya bersyukur dengan rezeki yang datang.  Orang kata yang di jemput wajib hadir… begitulah..

Persiapan yang cukup teratur lengkap.  Carol siap buatkan biskut cheese dan kek epal.  Persiapan yang cukup rapi.  Sejak saya mengenali jiran saya ini, saya dapati beliau seorang yang pengemas.  Buat sesuatu penuh kerapian.  Dengan pilihan antara kopi atau teh membuatkan diri  di layan seperti seorang puteri.

Berlatarkan pemandangan backyard yang cukup kemas membuat hati saya tenang apabila bersembang. Bertanya khabar tentang aktiviti mereka lakukan semasa di hujung minggu. Tidak dinafikan antara topik wajib mereka adalah tentang anjing peliharaan masing-masing.  Saya hanya mendengar sekadar mengutip ilmu tentang penjagaan anjing.

Walaupun, berjiran... kadang-kadang kami tidak bersua muka kerana musim ini menyebabkan masing-masing hanya melakukan aktiviti di dalam rumah.  Lagipun kerjaya seorang suri, bukan sekadar menjaga anak.  Ada pelbagai aktiviti yang tidak boleh dilihat dimata kasar.  Bila dirungkaikan hanya ibu sahaja yang memahami antara ibu-ibu yang lain.  Namun, itulah sebuah pengorbanan yang akan Tuhan balas dikemudian hari.  Tidak perlu dirisaukan...kan..

Maka, acara kecil ini bagi merapatkan suasana antara jiran tetangga yang bergelar suri hati suami.

Terima kasih Carol.  😊

Antara rezeki yang terhebat Allah kurniakan apabila tinggal berjauhan dengan sanak-saudara adalah mempunyai jiran-jiran yang baik hati.  Menghormati sesama kita..

Walaupun berlainan agama dan bangsa, saya rasakan seperti saya berada di bumi Tanahair sendiri.  Alhamdullilah 😊😊

#ceritakamidikanada
#morningcoffee


0 ulasan