Happy Thanksgiving Day




Happy Thanksgiving Day merupakan satu perayaan yang di sambut oleh kebanyakan peladang di Kanada.  Ia di sambut setelah selesai menuai gandum, anggur, epal dan sebagainya.  Dan, ia juga merupakan cuti am buat semua pekerja dan pelajar.   Cutilahhh...


Walaupun, saya tidak sambut tetapi saya ada terima jemputan.  Jadi, ini merupakan antara jiran tetangga saya.  Masing-masing bawa makanan, maka tuan rumah Robert dan Mary Sha buat ayam turki bakar.  Ia merupakan sebuah buadaya dimana masakan ayam turki bakar ini di raikan pada acara Thanksgiving.   Memang banyak dijual di pasaraya.  Saya juga ada membeli ayam turki bakar halal di Pasaraya No Frills.

Saya bawa 'chicken strips'... laku keras sebab kanak-kanak paling suka makan.  Hanya sekadar meraikan rakan-rakan sepejabat suami yang mana mereka juga jiran-jiran saya.  Yang mana saya boleh makan, saya makan.  Saya dan suami tidak menghalang jika mereka hendak makan apa yang kami tidak dibenarkan makan.  Namun begitu, saya begitu terharu kerana mereka mencuba memasak makanan yang kami sekeluarga boleh makan.  Walaupun kami minoriti di kawasan ini.  Syukur Alhamdullilah.

Apabila selesai menikmati makanan, anak-anak yang lain mengajak Umar dan Lana pergi bermain di rumah kami.  Wah! Bukan main seronok lagi.  Saya juga tumpang gembira.  Anak-anak juga begitu teruja.😄








0 ulasan