Pengalaman Menjamu Kenalan Asing





Bila jemput makan… pasti semua suka kan?  Tapi bagi saya untuk menjamu kenalan asing yang memang pertama kali pergi makan ke rumah orang Asia Melayu pula tu.  Ada juga perasaan janggal mereka.

Saya dengan penuh keyakinan pergi mengajak hampir separuh jiran tetangga di lorong kawasan rumah saya (perempuan sahaja) untuk minum kopi (morning coffee) bersama di rumah saya semalam.  Bagi saya ia satu pengalaman yang amat menarik.  Sekiranya di Tanahair, saya sering menjamu kawan-kawan dan juga adik-beradik makan di rumah saya.  Namun ia tidak menjadi masalah pada saya.

Dua hari sebelum jamuan, saya sudah mula membuat persiapan.  Lucu pula rasanya… saya pergi cari bekas untuk letak susu dan gula di Kedai What's in Store? (kedai ini dikenali sebagai kedai secondhand).  Di sini, kalau jamu air teh dan kopi, mereka sendiri yang akan letak gula ataupun susu. Alhamdullilah, saya jumpa untuk satu set gula dan susu dengan hanya CAD 8.50 dolar.  Kemudian, saya ingin mancari talam dan tempat letak sudu serta garpu.  Saya pergi ke Winners (kedai ini menjual barang-barang aksesori rumah lebih 60%).  Walaupun di Winners tidak banyak pilihan, semua itu tidak penting kerana pilihan yang ada pun sangat cantik dan elegan bagi saya.  Saya dapat dengan harga CAD 19.90 dolar untuk talam dan CAD 7 dolar untuk bekas sudu garpu.  Syukur Alhamdullilah.  Ok, settled urusan!

Talam

Set gula dan susu

Tempat letak sudu dan garpu




Seterusnya strategi untuk sediakan jamuan makanan.  Anak saya mencadangkan saya membuat cheese cake kerana katanya kawan-kawannya tidak berapa suka dengan makanan berminyak dan bergoreng.

Maka, saya telah membuat keputusan untuk buat cheese cake New York, keropok ikan goreng dan buah anggur.  Saya ingin meperkenalkan makanan tradisional Malaysia iaitu keropok ikan dari Terengganu.  Ada yang bertanya cara makan keropok ini bagaimana? Boleh makan dengan sos?  Seronok kan.. melayan gelagat orang asing ni.  Terhibur pula. 😃  Cheese Cake saya guna resepi yang terdapat pada kotak Baking Crumb yang saya beli di Pasaraya Save on Food.

Di sini saya kongsikan gambar jamuan Morning Coffee …. Hurray!!!

Alhamdullilah...semua berpuas hati. Dan, mereka minta lain kali kita buat lagi macam ini.  Sebulan sekali ataupun selang 2 minggu.  Doa saya dimakbulkan Allah Taala.  Saya memohon keberkatan dalam berurusan dengan jiran tetangga di sini.  Kerana mereka juga berjauhan dengan keluarga.  Sekurang-kurangnya, sesekali kita jemput gathering terhibur juga kesunyian di hati.😍


2 ulasan

  1. Balasan
    1. Alhamdullilah..sebelum ni..saya pernah tinggal di beberapa negara yang lain agak kesunyian. Kali ni yang terbaik lah. hihihi

      Padam