Produk Halal di Kanada

Apabila bercerita berkenaan makan, pasti semua akan terliur.  Betul tak? Terus terasa lidah merembeskan air liur.

Namun begitu, tidak bagi saya di sini.  Apabila kenalan mengajak makan.  Saya sudah terfikir nak makan apa? Salad, kentang goreng... itu sahaja.  Mungkin juga kerana saya berada di kawasan terpencil dan jauh dari bandar besar maka tiada pilihan makanan halal.  Mahupun restoran yang menjalankan bisnes halal.  Semua keperluan untuk perut harus di masak sendiri. 😊

Setiap kali saya ingin membeli barang makanan yang sudah di proses.  Saya perlu membaca setiap kandungan di dalamnya.  Kalau dulu semasa anak-anak kecil, tergopoh-gapah juga saya terpaksa membaca.  Ye lah kan, nak dukung anak lagi, nak jinjing barang lagi.  Semua perlukan pengorbanan.  Lagi pula sekiranya saya travel ke negara yang tidak memggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Lagi lah masalah, terpaksa pula membuka apps mobile untuk diterjemahkan.  Contohnya semasa saya dan suami tinggal di Korea Selatan.  Anak-anak masih kecil lagi dan tidak bersekolah lagi masa itu.  Namun, sekarang anak-anak sudah bersekolah banyak membantu meringankan tugas saya dari segi membaca setiap kandungan bahan makanan proses.  Alhamdullilah 😊

Sebenarnya untuk mendapatkan barang-barang halal di Kanada ini tidak susah.  Ia mudah di dapati di bandar-bandar besar seperti Vancouver, Montreal, Ottawa.  Kerana, di sana sudah ramai penduduk Islam.  Ada sesetengah tempat seperti kawan saya yang tinggal di Calgary.  Tiada masalah untuk mendapatkan makanan halal ataupun makanan Asian. Restoran halal yang menyediakan makanan halal juga banyak.  Berbeza dengan kami di Kitimat.  Sebuah daerah yang sangat terpencil di utara Kanada.  Semua keperluan halal perlu dirujuk dan 'request' kepada pihak pasaraya.  Dan, ia memakan masa untuk sampai kepada saya.  Walaubagaimanpun, ia juga tidaklah menjadi masalah besar pada saya.  Teknologi media sosial banyak membantu untuk mendapat barang-barang keperluan sama ada dari Malaysia atau seluruh dunia.  Pentingnya teknologi internet ketika ini.  Hanya perlu google dan taip.  Mudah kan!😃


Di bawah ini saya kongsikan beberapa makanan basah halal yang terdapar di sini.  Antara syarikat yang menjual produk halal seperti Zabiha Halal, Sufra Halal dan ada beberapa lagi yang telah mendapat pengiktirafan dengan kerajaan Kanada.


Produk dari New Zealand





0 ulasan