Salamander dan Katak

Siapa biasa tengok salamander dan katak?  Memang confirm ramai yang biasa tengok kan! đŸ˜€

Pada dua hari lepas, ada 2 orang pekerja kontrak datang untuk bina pagar di belakang rumah kami.  Sebenarnya mereka telah menggali lubang sedalam 1 meter setengah di tepi dinding di luar rumah kami.  Tujuannya untuk meletakkan tiang pagar sebesar pemeluk.  Sudah sebulan lubang itu dibiarkan terbuka tanpa dibuat apa-apa.  Katanya tiang sedang ditempah.  

Saya melihat kedua-dua pekerja kontrak ini melakukan kerja menggali untuk lubang kedua.  Mereka sebenarnya seorang yang sangat berhati-hati.  Kenapa berhati-hati? Rupa-rupanya mereka risau ada hidupan kecil seperti katak atau salamander mati tertimbus.  Mungkin mati kerana terkorek bersama pengorek.  Aduhai,  hati-hatinya la mereka ini.

Tup tup ‘stop! I saw something’

Di alihkan beberapa ekor salamander di angkat menggunkan kedua belah tangannya.  Dan, diletakkan beberapa ekor salamander itu di tepi pagar pada hujung sudut pagar.  Kemudian, mereka meneruskan kerja memasang tiang. đŸ™‚

Sungguh! Saya melihat dengan penuh taksub.  Bagi saya... tidak pernah saya terfikir sampai ke situ.  đŸ˜”


0 ulasan