Tumpang Solat

Hidup di negara yang bukan majoriti rakyatnya beragama Islam.  Kadang-kadang amat memeningkan kepala.  Ada juga yang beragama Islam tetapi mengistiharkan diri tidak mengamalkan ajaran Islam. 

Ia perlu sebuah kekuatan.  Saya sering memohon kepada Allah supaya memudahkan urusan saya bersama keluarga dalam beribadah kepadaNya.  Saya juga memohon padaNya anak-anak diteguhkan hati dalam menunaikan tuntutan Allah dimana jua dia berada.  Kenapa?  Sebab cabaran sentiasa ada dimana-mana walaupun di Tanahair sendiri.😐

Pernah satu hari, saya ada urusan penting di Terrace bersama suami.  Maka, saya akan lewat untuk mengambil anak-anak dari sekolah.  Perjalanan pergi dan pulang mengambil masa lebih 2 jam.

Apa yang penting untuk mereka adalah saya perlu pastikan waktu solat zohor untuk mereka jangan tertinggal.  Apabila musim sejuk, waktu solat lebih pendek.  Waktu sekolah tamat jam 3 petang...waktu solat zohor pada musim sejuk tamat jam 4 petang.  Memang saya berlari laju untuk menguruskan waktu solat bila musim sejuk.  Biasa juga kami hanya bersolat di dalam kereta menggunakan air dalam botol.😀

Maka, saya memberi cadangan pada Umar untuk tumpang solat di rumah Tre.  Rakan baik Umar.  Selepas solat zohor mereka boleh meneruskan bermain bersama-sama di rumah Tre.

Alhamdullilah, saya bersyukur Tre mengizinkan Umar untuk menumpang solat Zohor.  Saya tidak menyangka ibunya menyediakan tempat solat yang bersih di ruang tamu. Di tambah pula Tre tidak membela anjing dan keluarganya tidak makan 'pork' maka saya lebih yakin dengan kebersihan rumahnya.  Pada awalnya saya memesan pada Umar hanya meminta izin dan ruang solat yang kecil untuk solat tetapi begitu pula kejadiannya.  Alhamdullilah.  Saya juga memesan pada anak saya supaya mengambil wuduk lebih berhati-hati.  Jangan sampai terpercik air merata-rata di kawasan bilik airnya kerana masyarakat mereka tidak suka bilik airnya dalam keadaan basah.  Orang sudah memberi kita ruang untuk solat ... itu pun saya sudah cukup bersyukur.  Lagipun keadaan yang sangat sejuk di luar maka air wuduk juga perlu di lap selepas selesai berwuduk. 

Anak saya bercerita pada saya... Tre meminta izin untuk ikut Umar solat kerana nampak keseronokannya di situ.  

"Why not?"  Umar menjawab.

Mungkin anak ini melihat suasana ketenangan bila kita bersujud pada yang Maha Esa.  Semoga dia satu hari akan diberikan hidayah oleh Allah Subhanahuwataala...😊

Pemandangan dari atas bukit tidak jauh dari sekolah.

0 ulasan