Halloween Day 🎃

Happy Halloween 🎃 dan Halloween Day 👻...sama maksud...

Ia merupakan perkataan yang dipendekkan daripada Hello Evening...

Budaya ini memang disambut secara meriah di Kanada 🇨🇦, US dan hampir keseluruhan negara-negara di Barat.

Kewujudan asalnya bermula daripada kewujudan agama Kristian lagi katanya.  Kemudian, agama Kristian menjadikan ia sebuah budaya.

Namun begitu, ia hanyalah untuk kegembiraan kanak-kanak sebenarnya.

Bermula selepas makan malam jam 5.30 petang, kanak-kanak sudah mula bertebarangan pergi ke rumah jiran tetangga mengutip gula-gula dan coklat.  Tidak ada halangan kepada jiran-jiran untuk diusik oleh kanak-kanak ini.

"Trick & Treat"  itulah ayat pertama keluar daripada mereka apabila saya membuka pintu…  lucu pula bila lihat macam-macam gaya.  Ada yang bergaya seperti batman, superman, ahli sihir, hantu… ye lah hampir matahari terbenam.  Mahu kita tak seram bila yang datang dengan berceloreng sana-sini.  Namun itu semua sebagai 'fun'.

Ada juga, kanak-kanak ini bila sudah sampai rumah saya. Mereka tidak mahu balik dan pergi ke rumah lain.  Bayangkanlah… sejuk katanya di luar sana.  Jadi adegan memujuk pula oleh ibu-ibu ajak anak balik.😅

Walaupun, kami sekeluarga tidak menyambut dan diharamkan oleh agama.  Saya menyifatkan keadaaan tetamu anak-anak kecil ini yang hadir bersama bekas sambal menyebut

'I want may candy'  ...membuatkan hati kecil saya cair melihat gelagat mereka dan saya katakan keranamu wahai anak….

'Makcik top-up lah candy untukmu' 😍

Yang penting, anak-anak kecil yang tidak berdosa ini menerima bekalan candy dari rumah saya.

Banyak tak Makcik punya candy 😄




0 ulasan