Lunch Box di Kanada πŸ‡¨πŸ‡¦

Setiap hari... saya akan menyiapkan bekalan untuk anak-anak dan suami.  Bekalan ke sekolah dan pejabat. 🏫

Sarapan 🍳 , snek pagi dan makan tengahari  πŸ₯—.

Lepas sudah siap semua persiapan bekalan.  Saya akan menghantar suami ke pejabat sementara Lana dan Umar bersarapan pagi di rumah.

Satu perkara, di sini tidak ada cafe dan kantin sekolah.  Bagus juga sebenarnya... ibu bapa boleh kawal apa yang keluarga mereka makan.

Sejak Lana dan Umar datang belajar di sekolah.  Guru-gurunya kata bekalan Lana bau semerbak.  Macam-macam bau herba.  πŸ€­

Mr Webster kata dulu tiada bau macam-macam tapi sekarang bila waktu makan tengahari semerbak bau makanan daripada tempat duduk Lana. πŸ˜…

Tengoklah Mama dia masak apa? Daging bakar masak merah ala Thai... πŸ˜… haaa .... gitew 😁😁

Satu perkara lagi, ada sesetengah daripada mereka merupakan ‘vegan’.  Hanya makan sayur sahaja.  Susu pun tidak ambil kerana ia daripada haiwan.

Di pihak saya pula, saya wajib menyediakan makanan untuk keluarga saya kerana makanan yang di masak HALAL.  Daripada daging, ayam... insyaallah semua HALAL.

Produk HALAL... 3 kali ganda lebih mahal.
Contoh seekor ayam berharga 18 dolar, 4 keping daging kambing yang sudah siap di potong 24 dolar dan 1 kilo daging lembu berharga 26 dolar.  Itu tidak termasuk bayaran GST lagi.  Di British Columbia GST bernilai 14 %.  Bayangkan lah berapa perbelanjaan kami sebulan.

Memasak sendiri banyak penjimatan sebenarnya.

Ramai yang bertanya... mahal ke barang-barang makanan di sini.  Ye... mahal.. sebab kami jauh dari bandar besar.  Maka, saya kira itu sudah termasuk kos pengangkutan.  Nak hantar ke sini pun 18 jam baru sampai guna trak... 😬.

Jauh kan... itu sebab lori transformer banyak... macam dalam cerita Transformer tuh 😁😁. Macam tu lah lori-lori di sini... 😊

Maka, saya selalu fikir... beruntungnya rakyat Malaysia di Tanahair.  Rezeki melimpah-ruah...bersyukur la kita semua ye.. 😊

Perkongsian di subuh hari...dari bumi πŸ‡¨πŸ‡¦

#ceritakamidikanada




0 ulasan