Pengalaman bertemu Daylight Savings

Pernah dengar Daylight Savings?

Ia merupakan satu kaedah yang digunakan lebih 70 negara. Dan, antara negara yang terlibat adalah Kanada 🇨🇦.

Pada esok jam 3 am... waktu akan dicepatkan 1 jam dari asalnya.  

Maka, apabila jam 3 am esok... secara automatik akan menjadi jam 2 pagi....

Sebenarnya ia membantu penduduk yang tinggal di kawasan seperti kami di sini.  Kerana, sekarang siang sudah semakin pendek.

Sekiranya tidak dibuat Daylight Savings... alamatnya masa peak winter iaitu 25 Desember, kami solat subuh jam 8.30 pagi.  Aduhaiii...

Kaedah ini sudah berpuluh tahun dipraktikkan.  Ini adalah pengalaman kedua... yang pertama Daylight Savings Spring 😬😬

Jadi, Daylight Savings berfungsi untuk menyeimbangkan keadaan siang. Dan, malam sudah tentu semakin panjang...

Maka, bermula esok waktu solat subuh akan jadi 6 pagi.  Hari ini waktu subuh 7 pagiiii... rasanya boleh sangat solat tahajjud kannn 😊.. Alhamdullilah 

Waktu solat zohor pula esok jam 12.30 pm, Asar 2.30 pm, Maghrib 5 pm, Isyak 6.10 pm dan Subuh 6 pagi....

Begitulah serba sedikit tentang waktu solat di sini.  Dan, setiap hari waktu solat di atas akan berubah 3 minit lebih awal... sampai lah peak 3 January Maghrib 4 petang.  Dan, akan berubah semula untuk siang jadi panjang...☺️

Hari-hari wajib lihat waktu solat...

Sekadar info, semoga ia menjadi manfaat kepada semua...


Copyright from internet 

0 ulasan