Vaksin Flu 🤧

Semalam...

Saya sudah berjanji dengan anak-anak untuk membawa mereka mengambil suntikan flu vaksin.  Ia merupakan perkara wajib dilakukan untuk semua penduduk Kanada 🇨🇦 apabila menjelang musim sejuk.  Tiada bayaran dikenakan untuk suntikan.

Dimana nak ambil suntikan?

Di sini 🇨🇦, boleh ambil di hospital... di kedai farmasi dan kadang-kadang ada pegawai perubatan akan datang ke tempat kita bekerja atau bertugas.

Begitu sekali, mereka menitik beratkan tentang ilmu pencegahan dalam kesihatan.

Mungkin di negara lain tidak diberi penekanan.  Tetapi di sini 🇨🇦 jatuh wajib kerana suhu di musim sejuk boleh mencecah sehingga -50 terutama di Utara Kanada seperti Yukon dan seterusnya ke atas.

Saya bersyukur... insyaallah di kawasan tempat tinggal kami hanya sekitar -22 (suhu paling sejuk).

Bila musim sejuk... penyakit yang berkaitan paru-paru lambat sembuh.  Maka, suntikan flu vaksin sebagai pencegahan.

Terasa diri begitu bertuah kerana di Tanahair suntikan untuk vaksin ini sangat mahal.

Kepada, rakan-rakan yang ingin datang ke negara 4 musim seperti Kanada.  Saya nasihatkan pergilah ambil suntikan flu vaksin di mana-mana klinik swasta yang berdekatan dengan tempat anda.

Vaksin ini sebaiknya di ambil ketika menjelang musim sejuk.  Kalau mengembara di musim panas... tidak jatuh kepada wajib..

Tetapi.. sebelum nak ambil vaksin ini.  Boleh check kandungan vaksin itu adakah tiada bahan yang meragukan seperti pork gelatin.

Begitulah ceritanya...



0 ulasan