Aktiviti semasa winter

Bercerita pasal aktiviti di musim sejuk atau winter ❄️... Semasa di Malaysia 🇲🇾. Saya tidak pernah terfikir nak beraktiviti indoor game ataupun aktiviti kraf.  Kerana, Malaysia summer all the year 😅

Tetapi sejak tinggal di Kanada, saya perlu fikir aktiviti dalam bangunan untuk diri saya dan juga anak-anak.  Walaupun ada kawan-kawan di Malaysia mengatakan main dengan salji lah.  Tetapi, hakikatnya kami hanya main salji pun dalam 20 - 30 minit kalau nak buat snowball ataupun igloo.  Sekiranya, tiada yang melibatkan pegang salji... mungkin tahan dalam 2 jam seperti hiking.

Sebenarnya, hakikat realiti kami lebih banyak di dalam bangunan.  Nak duduk lama di luar pun bahaya juga boleh dapat selsema. 🤧 

Saya bertuah kerana ada rakan-rakan rakyat Canada yang banyak memberi cadangan.  Ada yang mengajak Lana dan Umar datang ke rumah mereka sambil menonton movie 🎥.  

Pelbagai cadangan lagi antaranya melukis, menyulam, mengait, bermain piano, berenang, curling 🥌, skating⛸, skiing ⛷ dan sebagainya.  Patutlah anak-anak di sini sibuk... rupanya mereka banyak aktiviti.

Sekiranya musim panas mereka sudah tahu aktiviti yang sesuai untuk mereka.  Bila musim sejuk pula... sudah siap berderet aktiviti untuk musim sejuk.  

Maka, tidak hairanlah apabila saya ke pusat membeli-belah terutama di rak permainan sukan sangat banyak.  Sungguh... mereka menjual perkakasan permainan mengikut musim.

Untuk Lana, sejak tinggal di sini Lana pandai menggunakan masa cutinya dengan sebaik mungkin.  Kadang-kadang dia melukis, kadang-kadang dia menyulam tangan.  Melukis Lana belajar di hujung minggu bersama jiran sebelah Carol.  Tanpa bayaran... Alhamdullilah 😍. Itupun kami mendapat ajakan daripada Carol untuk melukis bersama dengannya.

Dan, saya mula mengenali apa tu mengait.  Tidak pernah terfikir untuk mengait.  Hanya melihat sahaja Mak mengait macam-macam.  Di sini saya mendapat hadiah daripada Carol jarum dan benang untuk mengait.  Allahuakbar... syukur Alhamdullilah..  
Bermula dengan hanya melihat Carol, saya mencuba sedikit demi sedikit.  Kerana saya hanya merujuk daripada youtube.  Saya juga bersyukur dengan adanya teknologi media sosial...😍😍

Begitulah kisahnya...







0 ulasan