Malam Krismas πŸŽ„

Al kisah pada malam Krismas...πŸŽ„

Sudah lebih 40 tahun,  saya melihat sambutan Krismas dalam hidup saya.  Dan, sememangnya saya tidak pernah rasa nak ambil tahu pasal Krismas.  Yang saya tahu Krismas tu pokok ru yang di gantung macam-macam 😊.

Namun, bila saya mula menjadi penghuni di daerah ini.  Yang mana, penduduknya rata-rata memang menyambut Krismas dan wajib ada pokok Krismas πŸŽ„.  Pada mulanya saya suka untuk menjawab panjang lebar tentang ....

‘Kami sekeluarga tidak menyambut perayaan ini’ walaupun berkali-kali ditanya oleh masyarakat di sini ‘kenapa tidak ada Christmas Tree?’.

Lama-lama ‘saya hanya jawab pendek we are not celebrate’...  Jangan marah pada mereka.  Mereka tidak paham... bagi pihak kita... kita terangkan baik-baik πŸ™‚ 

Kenapa jadi begitu? Sebab masyarakat muslim sangat minoriti di sini. πŸ™‚  Tidak banyak yang mereka tahu tentang  Islam 😊 Saya sendiri tidak pernah mewar-warkan bulan Ramadhan pada rakan-rakan non-muslim saya di sini dan ramai juga yang tidak tahu kami sekeluarga berpuasa hampir 18 jam sehari semasa summer.   Dan... sedar-sedar bulan Ramadhan berakhir.  Kami juga hanya bertakbir di malam raya dan esok pagi pergi sekolah dan suami ke tempat kerja macam biasa.  Begitulah...

Namun begitu, mereka sangat menghormati kami sekeluarga.  Saya mendapat undangan ke jamuan makan malam rakan saya juga rakan sekerja suami Sander yang berasal dari Belanda serta isterinya Elena.  Elena banyak  bertanya tentang penyediaan makanan halal.  Di mana saya membeli ayam halal?  Siap buka buku resepi lagi... saya melihat Elena bertungkus-lumus di dapur menyiapkan hidangan untuk rakan dan kenalannya.  SubhanAllah.. saya sungguh terharu kerana mereka bersusah payah menyediakan kari ayam dan ayam bakar. 😊. Maka, pada malam itu.. kami makan indian food.  Tiada masakan bacon disediakan.  Dan, sebenarnya saya sekeluarga tak kisah pun kalau dia nak masak bacon ke ayam tak sembelih halal ke... Bagi saya... saya bersyukur kerana dijemput.  Saya juga sudah mengajar anak-anak saya sentiasa menghormati makanan yang dihidangkan.  Bertanya dengan sopan tentang kandungam dalam setiap hidangan.  

Kesian pula pada Elena dan Sander, orang lain punya raya... orang lain yang bersusah-payah untuk kita.  Saya berkali-kali mengucapkan terima kasih dan Elena memang seorang yang bersopan-santun.   Beliau berasal dari Rusia.  Berkali-kali juga dia mengatakan dia seronok kerana saya sekeluarga sudi datang ke rumahnya menikmati juadah yang disediakan.  

Satu perkara yang membuatkan saya lebih terharu.  Elena menetapkan sebuah permainan yang mana semua orang boleh pilih hadiah di bawah pokok krismas.   Lana dan Umar pun dapat hadiah.  πŸŽ. Siap dengan Mama diaorang sekali pulak dapat hadiah tu... Aduhaii....😬😬.. Maka, sesungguhnya memang terbaikkk lahh Elena..πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

Orang berbudi, kita berbahasa... πŸ˜€

Elena meminta saya menyediakan makanan Asia. Mula-mula, saya fikir nak buat roti jala.  Tapi... bila Elena kata dia nak masak kari ayam.  Saya tukar program.

Perkara yang paling menggerunkan saya bila diminta masak  TOMYAM Seafood 🦞.  Bukan tak reti... I’m worried 😦 ... kang ada yang sakit perut...

Lana pernah bercerita pada saya kawannya seorang Canadian dari Calgary berkata 

“I will die if i eat spicy 🌢 food” ... ooo memang gerun la dibuatnya.

Kali ini, saya siapkan hidangan untuk 10 orang sahaja makan.  Dalam hati saya kata, kalau diaorang nak buang lepas rasa pun tak apa... aku redha.  Memang letak cili sikit sebab Lana kata nanti tak sedap langsung.  So Mama dia pun baca bismillah ‘letak je lah’.... Eh! Tak sangka licin udangku.. Alhamdullilah 😍

Haaa.... macam tu lah ceritanya.  Memang marvellous la depa kata πŸ₯°.  Terangkat habis la Mama Lana ni kannn πŸ˜‚πŸ˜‚.  Tak tahu lah nak jaga hati ke apa kaaa? Yang penting habis licin.  Tinggal bawa balik periuk kosong je.. Sebenarnya adalah berbaki sedikit kuahnya tapi licin la kiranya. yuhuuu...

Untuk pengetahuan semua, saya sebenarnya sampai tak makan tomyam tu sebab gedebar punya pasal πŸ˜‚.  Alhamdullilah... Alhamdullilah.. syukur Allah...terima kasih Allah..πŸ₯°πŸ₯°

P/S : Jangan minta resepi ye sebab memang call pakcik gugel je.  Pastu secret resepinya baca bismillah.... Haaaaaa...πŸ˜ƒ

#ceritakamidikanada


Main bunga api bersama timbunan salji

Carol pun datang (jiran sebelah rumah)


Mama dia pun nak main bunga api jugak tapi dalam rumah sebab tuan rumah kata jom main dalam rumah !!


Umar makn roti prata guna tangan sambal diperhatikan Sofia dan Fabien.  Fabien tanya kenapa tidak pakai fork?πŸ˜ƒ

0 ulasan