Winter Break!!!

Kali ini nak cerita pengalaman kami pergi hiking...

Saya sebenarnya sudah biasa pergi hiking tetapi hanya pada musim panas, maka sudah tentulah jalan di antara pokok-pokok clear.  Tidak ada yang menghalang perjalanan dan juga langkah saya.

Tapi kali ini, saya memberanikan diri bersama keluarga masuk ke hutan di musim sejuk.  Kebetulan 2 hari lepas salji turun agak lebat.  Saji turun selama 2 hari. Dan, saya sendiri yakin pasti laluan jalan dalam hutan penuh dengan salji.  Tetapi, sebab hati teringin sangat nak tengok tasik yang sangat cantik yang diberi nama Clearwater Lakes.  

Pada minggu lepas Umar sudah pergi ke tasik ini bersama Daniel dan Ali Webster.  Tetapi, masa itu salji tidak penuh lagi dalam hutan.  Ali juga terkejut melihat gambar yang kami snap di tepi tasik.

Clearwater Lakes mempunyai 2 tasik.  Perjalanan untuk sampai ke sana dalam 3 km.  Seperti tidak jauh kan? Tidak jauh tetapi keadaan salji yang menimbun membuatkan langkah kami sangat lambat. Kami mengambil masa 30 minit untuk sampai di tasik pertama.  Kebetulan semasa permulaan perjalanan kami, salji mula turun tetapi hanya renyai-renyai.

Semasa dalam perjalanan turun ke bawah, kaki saya asyik termasuk dalam timbunan salji.  Penat betul rasanya... hampir putus asa untuk meneruskan perjalanan.  Umar siap berpesan pada saya berhati-hati dengan salji yang ada warna kuning-kekuningan.  Itu tandanya kencing anjing...😬.   Itulah gaya hiker di sini, mereka akan pergi masuk hutan bersama anjing pemeliharaan mereka. Sebagai langkah berjaga-jaga.  Betul juga, sebab musim panas... kawasan ini banyak beruang. 🐻  Jangan risau musim sejuk beruang kurang aktif, mereka banyak tidur daripada keluar merayap dalam hutan. 😀

Bila sampai di tasik pertama...

Wah, memang cantik sangat.  Subhanallah.

Permukaan air sudah ditutupi keseluruhannya dengan salji.  Mungkin lagi sebulan, kita boleh jalan atas tasik ini sebab permukaan tasik sudah membeku. 

Lana sudah mula terduduk kepenatan.  Dia minta patah balik semula ke kereta.  Walaupun saya cuba pujuk nampaknya dia bagi alasan untuk tinggal dia seorang diri di tasik pertama sementara saya, suami dan Umar pergi ke tasik kedua yang lebih besar daripada yang pertama.  Tak kan mungkin saya akan tinggalkannya seorang diri di tengah hutan ini. 😕

Sambil berjalan sekitar tasik. Umar menyeberangi jambatan kecil di sungai kecil di tepi tasik.

Tiba-tiba Umar menjerit

“Papa, glove adik jatuh.  Hanyut dalam air sungai”

“Mana?”, jerit suami.

“Kat situ!”.

Suami saya cuba berjalan di antara kayu-kayu yang sudah reput mencari sarung tangan Umar.  Umar turun ke dalam sungai sambil memerhatikan di bawah daun-daun kering.  Nasib baik pakai kasut kalis air dan salji.  Maka, tiada masalah untuk masuk dalam sungai.  Suhu air 1 degree, memang sejuk sangat.

Memang tidak jumpa akhirnya.  Pasrah.

“Kita beli lain lah kat Winners”, pujuk Papa. 

Lana yang paling gembira sebab tidak perlu meneruskan perjalanan ke tasik kedua.

Akhirnya kami naik semula mendaki ke kereta.  Alhamdullilah sampai.  Hiking kali ini mengambil masa 1 jam 30 minit.

Begitulah ceritanya ‘Hiking Day’

dalam hutan 4 musim


gambar tasik

Lana kepenatan dan kelaparan

Sedang mencari sarung tangan Umar dalam sungai


Laluan jalan ke tasik kedua

Jalan permulaan untuk masuk ke Clearwater Lakes


Lana sudah terduduk kepenatan

Saya bergambar di tepi tasik

Umar dan Lana lebih laju meninggalkan kami berdua

Jambatan kecil di mana sarung tangan Umar terjatuh

Melihat peta sebelum meneruskan perjalanan

Umar berada di tepi tasik





0 ulasan