Lesen Antarabangsa

Pada 8 Januari 2020 merupakan hari yang mendebarkan dalam hidup saya.

Di Malaysia saya merupakan pemegang lesen kereta lebih daripada 20 tahun.  Bunyi macam berlagak sangat! 😄

Pada mulanya saya dan suami fikir, kami tidak perlu mengambil lesen kereta di sini.  Walaupun saya dan suami telah lulus ujian bertulis berkomputer pada bulan Mac 2019.  Tapi, rupanya itu hanya boleh di pakai untuk setahun sahaja.

Bila dengar setahun, seronoklah juga.

Namun lain jadinya.  Rupa-rupanya banyak peraturan kenderaan di sini.  Pihak ICBC (seperti Jabatan Pengangkutan Jalan kalau di Malaysia) tidak menerima lesen dari Malaysia.  Kami hanya boleh gunakan lesen Malaysia selama 3 bulan sahaja.  Kata mereka kami kena ada lesen antarabangsa.

Ok lah, fine!  Kami pun minta adik sepupu di Malaysia tolong buatkan.  Saya dan suami buat surat pengakuan bagi mewakilkan dia.  Alhamdullilah... terbang lebih RM 500 untuk 2 orang, di campur dengan caj pengeposan ke Kanada.  Maka, bergembiralah kami memandu kereta dengan tiada masalah dan penuh keyakinan sepanjang mempunyai lesen antarabangsa yang dari Malaysia.

Hendak dijadikan cerita pada bulan Julai 2019 yang lalu, kami pergi bercuti ke Victoria, Vancouver Island.  Biasanya, kami akan book kereta sewa.  Sebelum ini tiada masalah pun apabila menggunakan lesen kereta dari Malaysia.  Katanya lesen antarabangsa hanya boleh digunakan 6 bulan sahaja di Kanada. Allahuakbar!  Tidak la tahu ada peraturan lain pula.  Kami cuba ke syarikat kereta sewa yang lain dan katakana kami pelancong.  Baru jadi.

Bila saya ceritakan hal ini pada rakan kami yang sudah jadi PR Kanada tentang perihal lesen.  Dia kata memanglah tak boleh.  Lepas ni, kau balik … pergi ambil lesen kereta British Columbia.  Bukan lesen antarabangsa Malaysia. Faham!😆   Padan muka..

Bila balik ke Kitimat, saya dan suami book untuk ambil ujian jalan raya.

Suami kata dia ambil lesen dahulu lepas itu saya.  Mahal juga nak bayar yuran lesen di sini.

Bila suami sudah dapat tarikh untuk ujian jalan raya.  Suami pergi daftar dengan sekolah memandu untuk belajar memandu.  1 jam CAD 164 dolar...terkejut 😐

Dalam tempoh seminggu, suami lulus ujian jalan raya dengan cemerlang.  Hurray!!

Bayaran untuk daftar ujian dengan ICBC CAD 30 dolar.  Selepas lulus untuk ambil kad lesen BC bayarannya CAD 65 dolar.  Haaa… tu dia.  Berdesup keluar duit macam air terjun. 😆

Keesokan harinya, saya pula pergi book untuk ujian jalan raya.  Allahuakbar, terkejut pula saya rupanya.  Lambat betul untuk saya kali ini, lagi 3 bulan.  Bermakna saya akan menempuh salji yang sedang turun ketika ujian itu nanti.

Sebelum ambil ujian jalan raya… saya perlu ambil kelas memandu di sekolah memandu.  Sama seperti keadaan suami.

Suami saya, rajin temankan saya membuat latihan memandu sebelum ujian berlangsung.

Nampak mudah tapi saya yakin markah boleh hilang kerana kelalaian kita sendiri. Juga kelekaan kita sebagai manusia.  Ye lah… pemegang lessen 20 tahun.  Perasaaannnn...

Tarikh yang di tunggu sudah tiba...

Pada 3 hari sebelum ujian.  Kitimat di landa ribut salji.  Salji yang turun sangat lebat sehingga semua laluan jalan raya di tutup.  Untuk memberi kemudahan pembersihan jalan raya daripada salji.

Pada 8 Januari 2020 jam 2.15 petang.

Saya mengambil ujian jalan raya.  Sebelum memulakan ujian, penguji telah memberi beberapa arahan pada saya.

Apa yang melucukan saya.  Saya boleh minta dengan dia untuk bercakap secara perlahan kerana saya kurang fasih berbahasa inggeris.  Entah mana datang idea nak cakap macam itu pun... saya pun tak tahu. 😁  Tapi, betul pun...diaorang ini kalua cakap laju memang tak faham.😆

Walaupun sebelum ujian, hati saya berdebar.  Namun, saya boleh rasakan hati saya lebih tenang bila ujian sedang berlangsung.  Mungkin Allah tolong saya.  Alhamdullilah.   Saya mohon supaya diberi ketenangan dan permudahkan segala urusan.

Dalam tempoh 40 minit, saya berjaya melaksanakan ujian jalan raya dengan jayanya.  Walaupun keadaan jalan raya yang sangat licin kerana salji.  Keadaan salji yang menggunung di tepi jalan raya.  Agak sukar juga pandangan saya.


Tapi apa-apa pun, dah lulus!!!

Alhamdullilah … hurrayyyy!!!


buku ujian bertulis berkomputer.  Buku yang menyeramkan untuk saya lahh...🤭










1 ulasan