Pengalaman Hari Pertama Sekolah Di Tahun 2020

Macam-macam ragam kalau di Malaysia kan sempena minggu pertama sekolah... sayu ada, gembira, hiba nak tinggalkan anak di asrama.  Semoga semuanya berjaya ye wahai anak-anak semua.  Tinggi harapan mak ayah tau!  Semua sayang kamu..😍

Di sini, Lana dan Umar pun sudah memulakan hari pertama di tahun baru 2020.  Selepas bercuti selama 2 minggu sempena winter break ! Mereka gegarkan semula sekolah.

Ini juga merupakan pengalaman pertama buat Lana dan Umar dalam hidup mereka.  Pergi sekolah dalam berpakaian lebih daripada 3 kg.  Berat kan? Beg sekolah lagi, lunch beg, beg muzik.  Penuh tangan sampai leher pun digunakan untuk gantung letak lunch box.

Salji penuh depan pintu sekolah...

Umar kata... dia nak gegarkan timbunan salji depan sekolah bersama kawan-kawannya.  Sebab salji dah sama tinggi dengan bangunan sekolah...😬😬

Bukan gegar tapi terperosok dalam salji adalah 🙄

Kisah anak-anak

#ceritakamidikanada
#haripertamaselepaswinterbreak

Laluan ke kelas Umar sudah penuh dengan salji

Padang sekolah sudah di penuhi timbunan salji

Depan pintu sekolah

Laluan hendak ke sekolah



0 ulasan