Salji di Tahun Baru 2020

Ketika coretan ini di tulis...

Di luar sana salji sedang bertiup dengan kuat.  Menurut berita, hampir seluruh British Columbia di litupi salji yang tebal.

Sudah sampai masanya Allah kata...

Sebenarnya 2 hari lepas, saya sudah menerima pesanan ringkas dari pihak berkuasa mengatakan salji akan turun pada hari Khamis.  Dan kali ini kata mereka kata salji akan lebih lama turun.  Bermakna, salji akan lebih tebal dan semua jalan akan penuh dengan salji. Masa inilah kita boleh lihat snow blower dan lori snow scrapper berada di atas jalan bertungkus-lumus menolak salji ke tepi jalan raya. Bagi memberi laluan kepada pengguna jalan raya. Seawal jam 4 pagi mereka sudah mula bertugas.  Hebat kan?

Melihat keadaan salji yang sudah meninggi hampir 1 meter, angin yang bertiup bersama salji...terfikir pula saya.  Bagaimana gelandangan-gelandangan dan orang susah di sini menyelesaikan masalah di musim ini.  Jangan ingat di sini tiada orang susah! .. ramai juga sebenarnya tapi hidup di musim ini sangat mencabar.  Suhu di bawah paras negatif. Tidak hairanlah, penduduk di sini sentiasa ada 'food bank' ia bertujuan untuk persediaan menghadapai musim sejuk.

Petang semalam sebelum salji turun... saya mengajak anak perempuan ke pasaraya membeli stok makanan, beras, sayur, susu dan telur.  Mata saya melilau mencari ayam dan daging halal.  Namun, Allah menguji kami stok ayam dan daging halal sudah habis di pasaraya.  Nampaknya...

“Kita makan ikan je lah kakak, stok tak sampai ni Mama rasa sebab salji tebal nak hantar ke sini.”

Setahu saya tidak pernah jadi sampai licin satu rak bahagian stok halal.  Ye lah kan, cuti krismas 2 minggu.  Tidak pelik juga kalau stok tidak sampai ke sini.  Ramai yang keluar bercuti.

“Tak ape lah Mama, daging di rumah ada sikit.  Tahan lah sampai minggu depan untuk bekalan kakak ke sekolah”, pujuk Lana pada saya.

Keluar dari pasaraya... salji sudah mula memutih di atas kereta.

Perlahan-lahan menolak troli ke kereta.  Simpan semua barang-barang yang di beli ke bonet kereta.

Bismillahirrahmanirrohim.... start enjin kereta... gerak perlahan-lahan...

Pesanan saya pada anak...

"Esok...Nanti kita kena tolong Papa buang salji ye, Kakak!  Pagi-pagi sebelum Papa pergi kerja" 🙂

#ceritakamidikanada
#winterditahunbaru2020
#alhamdullilah
#ceritakamidinorthcoastcanada

Sampah tetap kena buang, seminggu sekali

suasana di beranda

penuh kereta dengan salji

0 ulasan