Tips Menghadapi Musim Sejuk Ekstrem

Hari ini sudah masuk 2 hari salji turun...

Saya mendapat pelbagai reaksi yang positif daripada kalangan pembaca samada di blog, facebook, Instagram, youtube dan juga fb messanger.  Terima kasih semua di atas perhatian kalian.

Perkongsian #ceritakamidikanada adalah perkongsian kami sekeluarga untuk tatapan bersama sebagai panduan gaya hidup di negara empat musim khususnya di Kanada.  Kanada dikenali sebagai negara yang hampir sepanjang tahun mengalami musim sejuk. Negara nombor kedua terbesar di dunia selepas Rusia ini sentiasa mendapat perhatian tentang suhu yang ekstrem pada musim sejuk.  Ye betul, saya tidak menafikan keadaan itu.

Sekiranya sebelum ini, gambaran tentang salji yang melebihi 1 meter ketinggiannya, hanya dapat saya temui pada siaran tv antarabangsa.  Namun, pada hari ini ia benar-benar berada di hadapan mata saya dan saya sekeluarga mengalami pengalaman istimewa ini.

Bermain dengan salji bukanlah pertama kali buat saya tetapi pengalaman menghadapi momen salji setinggi 1 meter adalah pengalaman pertama kali buat saya dan keluarga.

Rupanya, terlalu banyak persediaan perlu dilakukan sebagai persediaan menghadapi musim salji ini.  Tidak seperti semasa saya tinggal di Korea Selatan sebelum ini.

Sedikit tentang tips yang ingin saya kongsikan di sini.

Persediaan yang perlu dilakukan semasa musim sejuk adalah :-
  1. Baju -  Baju untuk winter adalah jenis yang boleh tahan sehingga suhu lebih daripada -25 degree.    Kebanyakan pakaian kami di beli di Kanada.
  2. Seluar - seluar jenis kalis air juga yang tahan sehingga suhu -25 degree.
  3. Kasut -  Kasut sebaiknya pakai yang jenis tahan sehingga -30 degree.  Kebanyakan kasut ini akan menyebabkan kaki kita akan berasa lebih suam bila kita berada dalam salji pada masa-masa tertentu.  Kebiasaannya selepas salji turun, jalan akan jadi berlecek.  Maka, sebaiknya biarlah kasut yang dipakai kalis air.
  4.  Sarung tangan -  wajib pakai kerana akan menyebabkan kulit tangan kita kering.  Sarung tangan jenis kalis air.
  5. Topeng muka - sekiranya angin sejuk mula bertiup dengan kuat, sebaiknya kena pakai topeng untuk mengelakkan kulit muka kering. Dan, sekiranya dibiarkan kering boleh menyebabkan muka dan bibir kita berdarah.
  6. Losyen -  ini adalah kelengkapan utama yang akan saya pakai sepanjang musim sejuk.   Tidak kira di luar ataupun di dalam rumah.  
  7. Stokin - pakai jenis tebal daripada yang biasa kita gunakan untuk musim panas.
Itulah serba sedikit tentang persediaan di musim sejuk.

Sebenarnya, kita tidak akan kesejukan terlampau sekiranya kita mengikut cara yang betul dalam etika berpakaian semasa musim sejuk ekstrem.  

Dan, apabila kita selesa dengan pakaian yang kita pakai semasa berada pada takat suhu bawah negatif.  Bagi saya, cara berpakaian untuk suhu di bawah negatif agak berbeza sedikit.  Ia perlu lebih teliti supaya badan kita tidak masuk angin.  Orang-orang tua kata kalau dah masuk angin, badan kita akan demam.  Semua pendapat itu betul belaka.

Bagaimana dengan kos? Ye, saya tidak menafikan tentang kos.  Kos agak tinggi sedikit kerana suhu sudah tahap bahaya.  Maka, banyak persediaan rapi perlu dilakukan dalam pelbagai aspek.  Dari segi mental dan juga fizikal.

Maka, kepada sesiapa di kalangan pembaca blog saya ini yang ada keinginan untuk mengalami percutian di musim sejuk yang ekstrem.  Sila dapatkan nasihat daripada kenalan yang sudah ada pengalaman mengalami situasi ini.  Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.  Sebab, kalau sudah menggeletar di tempat seperti ini… menyorok tang mana pun tetap sangat sejuk.

Sekian. Terima kasih

#ceritakamidikanada
#ceritakamidinorthcoastcanada
#winterjanuary2020

Jom… saya kongsikan gambaran kami di sini.😀

Koleksi Sitikb
Umar dalam timbunan salji

Tangga juga sudah dipenuhi salji yang tebal

Tak sangka salji sudah penuh depan pintu.  Tujuan saya hendak pergi menghantar tong sampah ke tepi jalan raya.

Lana jadikan tempat meluncur salji

Lana dan Umar berada dalam timbunan salji 

Kereta saya sudah rupa roti yang baru di masak

Lana cuba membuka pintu kereta

Sekiranya di musim panas, ini adalah hot spot bagi kami sekeluarga




0 ulasan