Tanda 'STOP'

Apakah tindakan kita sebagai pemandu kenderaan apabila berada di simpang yang ada tanda “stop” atau “berhenti”

Adakah terus atau kita berhenti dahulu, kemudian jalan?

Saya nak ceritakan pengalaman saya di sini sepanjang menjadi pemandu kereta.  Di sini, saya memandu kereta Subaru. Bila memandu di sini, saya rasa seperti seorang pemandu yang sangat berhemah.

Sebab apa saya katakana begitu? Kerana semasa di Malaysia saya bukanlah berhemah sangat bila memandu.  Kalau tanda had kelajuan 100km/j.  Saya tekan sampai 140km/j.  Rasa macam tak best bila bawa slow seperti kura-kura.  Perasaan seperti orang lain memarahi kita kerana memandu dengan terkedek-kedek.  Allahuakbar, rasa bongkak sangat masa itu.

Pabila berada di persimpangan jalan.  Sekiranya tiada kenderaan ataupun ada kereta… saya pasti cuba meluncur selajunya untuk cepat-cepat masuk ke jalan seterusnya.  Seperti rasa hebat sangat bila dapat tekan minyak sekuat-kuatnya.

Betul saya katakan, selepas datang ke daerah kecil ini.  Saya melihat suasana pemanduan yang sangat berhemah.  Bayangkanlah, kebanyakan kereta yang mereka pandu bukan kecil sisinya.  Hampir kesemuanya memakai lebih besar daripada kereta saya.  Terasa kerdil sangat diri ini.  Termalu dengan diri sendiri.

Pengalaman pertama, bila saya memandu pada satu simpang tiga dan ada tanda 'STOP'.  Ada 2 buah kenderaan.  Yang di hadapan sekali GMC dan di belakangnya adalah sebuah bas kecil.  Kemudian, saya berada di bahagian ketiga.

Saya perhatikan tiada kenderaan pada masa itu.  Dan, saya fikir tentulah mereka akan terus tekan 'paddle minyak'.   Korang tahu!   Mereka 'STOP' ...benar-benar berhenti dan diam 2-4 saat melihat keadaan sekeliling, baru meneruskan perjalanan seterusnya.

Kemudian, diikuti pula kenderaan kedua di belakang kereta GMC.  Bas kecil itu berhenti "STOP" berada betul-betul sebelum simpang.  Pemandunya melihat sekeliling, bergerak perlahan-lahan.  Cuba keluarkan kepala melihat sekeliling.  Takut-takut ada pejalan kaki yang melintas.  Baru dia bergerak terus.

Dan, akhir sekali saya.  Saya menjadi penurut walaupun kaki ini sememangnya sudah terbiasa untuk menekan padel.  Cara memandu saya masih lagi terikut-ikut dengan cara pemanduan saya di Malaysia.

Allahuakbar.  Saya benar-benar segan dengan mereka.  Cara mereka memandu sangat berhemah.  Patutlah, saya melihat suasana di sini tenang.

Sepanjang saya menjadi penghuni di daerah ini.  Hanya ada sekali saya terjumpa situasi kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat.  Namun, saya kira tidak ada kecederaan teruk melihatkan dua-dua kenderaan itu hanya kemek sedikit.  Ramai kenalan saya di sini mengatakan, ia berpunca daripada jalan raya yang licin kerana ais di atas jalan.  Situasi yang mudah berlaku kerana keadaan cuaca.  Maka,  kenderaan mudah tergelincir.

Pengalaman kedua pula, pabila saya melihat untuk pertama kalinya.  Kenderaan dikedua-dua belah bahagian jalan raya berhenti kerana bas sekolah berhenti di tepi jalan raya semasa menurunkan penumpang budak-budak sekolah.

Pengalaman ketiga, saya sebagai seorang pejalan kaki.  Masa itu, saya masih belum ada kenderaan lagi.  Maka, saya akan berjalan kaki kemana-mana ke kedai dan kadang-kadang saya naik bas awam.  Pernah beberapa kali, saya berdiri di tepi jalan untuk menyeberang jalan. Saya berdiri sambal memerhatikan keadaan jalan raya.  Cadangnya, bila jalan sudah clear... saya akan menyeberang.

Rupanya, baru sahaja saya berhenti jalan dan toleh ke kanan.  Kenderaan di kedua-dua bahagian sudah berhenti untuk memberi laluan kepada saya supaya melintas.  Alhamdullilah.   Hormatnya mereka kepada pejalan kaki.

Sebenarnya banyak lagi, kejadian yang mengagumkan saya dan saya termalu sendiri sejak menjadi pemandu dan pengguna jalan raya di sini.

Saya juga amat yakin, jika kita sebagai pemandu berusaha menjadi seorang pemandu berhemah.  Kemalangan di jalan raya boleh di kurangkan dan mungkin boleh jadi zero defect.  InsyaAllah.

Catatan Pengalaman sebagai pemandu berhemah Kanada 😃

Tanda pejalan kaki melintas jalan

Tanda bergerak secara perlahan dan perhatikan kiri dan kanan sebelum keluar daripada simpang

Tanda kawasan sekolah. Wajib pandu tidak lebih 30km/j antara jam 8 am -  5 pm.  Selepas itu boleh pandu 40km/j

Kenderaan wajib berhenti di kedua-dua arah   apabila bas sekolah memberhentikan kenderaan semasa menurunkan pelajar.  Bergerak selepas tanda 'STOP' pada bas di tutup kembali.

pejalan kaki berjalan mengikut laluan pejalan kaki

Kenderaan berhenti sebelum tanda pada anak panah tersebut

Kenderaan wajib berhenti sebelum double line sebelum keluar daripada simpang.  Line dua ini untuk pejalan kaki dan basikal

Kenderaan berhenti pada tanda "STOP LINE"





0 ulasan