Snow Day in Canada

Melihat salji di hadapan mata bukanlah kali pertama buat saya dan juga anak-anak.

Saya bersyukur diberikan Allah pengalaman yang sangat berharga ini.

Namun, menghadapi salji yang turun dengan sangat tebal adalah catatan pengalaman buat pertama kali dalam hidup saya dan juga anak-anak.

Bila dapat signal warning snowfall daripada WeatherCan,  saya anak-beranak akan menanti dengan penuh debaran.  Sekejap-sekejap tengok tingkap...😅

Begitulah gayanya orang tak pernah tengok salji turun.

Sekali turun… haaa ambil kau!  Sampai depan pintu rumah.  Penuh.. Tolak perlahan-lahan… memang wajib ambil video.  Kenangan sepanjang hayat 😁

Anak saya yang sulung beberapa kali bermain dalam salji… main dalam salji seperti main pasir di tepi pantai.  Anak lelaki saya pula terjun daripada balkoni rumah seperti terjun ke dalam kolam renang. Aduhai, anak-anak.  Memang gembira sangat… suara mereka gelak ketawa boleh di lihat oleh semua jiran kami.

Melihat gelagat mereka bermain dalam salji dengan penuh kegembiraan,  kita pula rasa rindu nak jadi kanak-kanak semula.  Ahak!

Kawan saya di Malaysia kata hayatinya dengan penuh ketekunan dan ketabahan nanti rindu bila balik Malaysia.

Jiran saya yang baik hati Carol selalu pesan pada saya ambil gambar selepas salji turun dan matahari memancar.  Memang cantik sangat masa itu.  Saya sanggup jalan seorang diri sehingga ke pekan dalam suhu bawah paras beku.  Sebab hendak ambil gambar punya pasal dan menghayati 'fresh snow'.  Carol selalu menjadi rujukan saya dalam apa jua keadaan di sini.  Dia seperti pengganti ibu saya yang mana sering memberi tips kehidupan di sini.😊

Bulan Januari lepas merupakan bulan yang boleh saya katakan hampir kerap salji turun.

Ok, di sini saya kongsikan beberapa gambaran keadaan kami di sini!

Siap buat lubang lagi

Umar baru lepas buat terjunan

Tobogganing hanya di depan rumah

Pokok di hadapan rumah Carol sudah di timbuni salji

Pergi jalan-jalan sambil perjalanan balik dari kedai

suasana sekitar kediaman penduduk di sini.  Gambar ini di ambil selepas salji turun

pokok ini mengeluarkan bunga yang sungguh cantik pada musim bunga

laman belakang sudah tidak nampak lagi pagar belakang

Umar memanjat timbunan salji di hadapan rumah Carol

Main belakang rumah

Agak-agak nak park kereta macamana ye?

Lorong masuk untuk ke rumah saya.

Ini Rumah Orang-orang Tua


0 ulasan