Tips Menghadapi Batuk Ketika Musim Sejuk

Bercerita tentang batuk memang amat menyakitkan...

Saya merupakan seorang pesakit asma, maka bila terkena batuk.  Selalunya akan di ikuti dengan rasa paru-paru yang ketat bila bernafas.

Siapa yang ada pengalaman seperti saya?

Saya sendiri sudah menghidap penyakit ini sejak daripada kecil.  Semasa usia kanak-kanak, saya mudah kena serangan asma.  Dan, bila kena serangan selama 3 hari saya akan duduk sahaja di kerusi ruang tamu.  Saya akan minta tolong daripada orang lain untuk mengambil makanan ataupun minuman kerana bila saya bergerak nafas saya akan lagi pendek.  Pada masa itu, tiada teknologi perubatan.  Ibu bapa saya hanya tahu minta saya berehat dan hanya letak vicks vaporub pada dada depan dan belakang.  Begitulah... alhamdullilah.  Dipanjangkan usia dari Allah Taala.  Aaminn.

Bila saya masuk universiti, saya mula mendapat pendedahan daripada doktor-doktor di Pusat Kesihatan Pelajar UPM.  Bagaimana cara rawatan untuk mengurangkan serangan asma?  Bersyukur sangat masa itu.  Saya masih ingat lagi nama doktor berkenaan ialah Doktor Harun.  Beliau memperkenalkan saya inhaler seretide yang mana ia wajib digunakan hari-hari.  Saya bertanya pada doktor sampai bila saya perlu bergantung pada inhaler ini? Katanya seumur hidup awak!

Pada mulanya, saya rasa down juga...memandangkan inhaler Seretide itu sangat mahal. Harganya lebih daripada RM 100.  Namun, doktor kata... insyaAllah pasti ada rezeki untuk awak kekal sihat.

"Awak nak sihat tak? Boleh menjalani kehidupan tanpa rasa penat dan lesu".

Saya mengangguk tanda setuju.

"Selagi awak menjadi pelajar UPM, selagi itulah inhaler ini percuma untuk awak.  Bila sudah grad,  awak boleh beli di mana-mana farmasi di seluruh Malaysia.  Bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia".

"Alhamdullilah"

Sejak pada hari itu, tiada lagi serangan asma yang teruk seperti zaman sebelum penggunaan inhaler Seretide.  Saya sudah mula belajar cara mengawal serangan asma, hasil berguru daripada beberapa doktor yang saya kenali.

Bila saya berhijrah ke Kanada, saya telah mendapatkan surat rujukan dari klinik di Malaysia untuk rawatan inhaler yang berterusan di sini.  Kerana, untuk mendapatkan inhaler Seretide ia perlukan surat rujukan daripada doktor kerana ia merupakan ubat kawalan.

Di sini, saya belajar satu perkara.  Untuk mengelakkan serangan asma yang teruk.  Elakkan daripada terkena batuk.

Sejak seminggu yang lepas, saya telah di serang batuk yang sangat kuat.  Di sini tiada rawatan berjumpa doktor di klinik.  Kita kena buat temujanji untuk berjumpa dengan doktor.

Maka, peranan jurufarmasi sangat penting di sini.  Kita hanya berjumpa dengan jurufarmasi untuk mendapatkan nasihat dan cara rawatan yang berkesan.  Selalunya nasihat mereka memang macam doktor-doktor di Malaysia. Senang dan mudah serta cepat.  Hanya bersembang di kaunter, dia tanya itu dan ini.  Dia akan syorkan ubat pada kita.  Kalau lebih seminggu tidak baik, selalunya mereka akan syorkan kita terus ke jabatan kecemasan di hospital berdekatan.

Di sini saya ada beberapa tip penjagaan kesihatan batuk ketika musim sejuk.  Memandangkan saya terkena batuk di musim ini.
  • Pastikan memakai baju yang betul dan tutup bahagian dada dan leher untuk mengelakkan    angin sejuk daripada luar.
  • Kalau boleh kurangkan aktiviti di luar rumah.  Duduk berehat dalam rumah untuk beberapa hari sehingga batuk benar-benar pulih.  Kerana, penyakit batuk mudah disebarkan pada orang lain ketika musim sejuk.
  • Makan ubat mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak farmasi.  Sekiranya anda merupakan pesakit asma.  Saya sarankan guna inhaler salbutamol secara betul.  Kerana saya gunakannya untuk 4 jam 2 kali puff (setiap kali guna). 
  • Gunakan vicks vaporub di bahagian dada supaya dada sentiasa panas suam.
  • Minum air suam bila kehausan.
  • Saya ambil ubat sakit tekak.  Di sini, tidak ada ubat antibiotik.  Jurufarmasi tidak akan beri ubat antibiotik.
  • Kepada pesakit asma yang gunakan seretide.  Gunakan terus secara konsisten walaupun kita rasa tidak ada serangan kerana inhaler Seretide berfungsi sebagai pengawal asma.  Maka, sekiranya kita terkena serangan asma yang teruk.  Kena ke hospital untuk dapatkan nebulizer.
  • Di sini, saya ambil ubat batuk prospan semasa di serang batuk. Ambil 3 kali satu hari dan ubat sakit tekak cepacol setiap 2 jam.
Untuk tip pemilihan makanan pula:-

  • Elakkan makan makanan yang berminyak.  Kena rajin masak yang rebus-rebus sementara nak baik batuk.
  • Jangan minum minuman berais dan bergas.
  • Jangan makan buah yang jenis bergetah seperti mangga.


Alhamdullilah, sejak mengamalkan tips di atas batuk yang saya alami semakin berkurang.  Selain daripada itu, banyakkan beristighfar.  Penyakit yang hadir sebenarnya Allah sedang mengajar kita bersabar dan penyakit juga sebagai penghapus dosa.  Begitulah...

Semoga tips ini memberi manfaat kepada semua. Dan, saya juga yakin ramai pengembara kadang-kadang terkena batuk sewaktu travel.  Jangan susah hati ye!

Catatan Pengalaman,
Siti Khairulbariah,
3.01 petang Kitimat, BC, Kanada
Inilah rawatan dan ubat-ubatan yang saya gunakan selama seminggu ini.  Inhaler Seretide yang ungu itu.






0 ulasan