Tuhan itu Maha Mengetahui

Pada hari Khamis bertarikh 27 Februari 2020

…. Saya sebenarnya risau...

Tentang solat...


Pada tarikh ini,  Umar telah pergi rombongan sekolah untuk bermain ski di Shames Mountain. Saya tahu Umar sangat gembira kerana dapat bermain bersama rakan-rakannya.  Jika selama ini, dia hanya bermain ski bersama Lana dan Papanya.

Seminggu sebelum kedatangan tarikh ini,  suami mendapat email mesyuarat  selama seminggu di Calgary.  Bermakna urusan Umar jatuh atas diri saya.  Walaupun peringkat awal suami telah mengambil cuti untuk pergi menghantar Umar.  Kerana, tiada bas sekolah yang akan hantar mereka ke sana.  Maka, guru-guru telah bersepakat bersama dengan ibubapa untuk membantu satu sama lain dan anak-anak yang mana penjaga tidak dapat hantar boleh menumpang kereta satu sama lain.

Peraturan dan undang-undang jalan raya di sini. Kepada ibubapa yang ingin menjadi sukarelawan menghantar pelajar sekolah mengikuti rombongan sekolah wajib ada laporan tentang rekod baik sepanjang pemanduan di Kanada.  Dan, rekod itu hanya boleh di dapati daripada Balai Polis Daerah.  Selepas dapat rekod kelulusan dari Balai Polis Daerah.  Barulah laporan rekod itu di hantar kepada pihak sekolah.  Maka, bolehlah jadi pemandu sukarelawan.

Masalahnya, rekod itu atas nama suami bukan nama saya.  Jadi, saya tidak boleh jadi pemandu sukarelawan.

Umar bertanya pada saya,

"Mama, macamana Adik nak solat Zohor? Sebab Mrs Baker kata akan sampai sini pukul 5 petang"

Saya melihat Umar,

"InsyaAllah, boleh itu.  Mama rasa sempat Adik balik solat Zohor di rumah".

"Tapi, Asar masuk pukul 3.30 petang kan?",  kata Umar.

"Ye, betullah itu".

Saya tidak menjawab sebarang pertanyaan daripada Umar.  Dalam fikiran saya, hanya memohon supaya Allah memudahkan urusan Umar dan rakan-rakannya di sana.

Saya berdoa semoga Allah mudahkan urusan solat Umar.  Walaupun, berat hati saya untuk menyatakan pada anak kecil ini tentang qadaq.  Jarang benar, saya menyatakan tentang isu qadaq solat.  Walaupun, Umar masih belum akil baligh, namun saya bersyukur dia taat dengan urusan solatnya.  Dia tahu bagaimana cara solat sebagai seorang musafir, solat di dalam kenderaan, bagaimana cara solat dalam musim sejuk menggunakan spray.  Alhamdullilah...

Pada pagi berkenaan hari Khamis, selepas solat Subuh. Saya melihat suasana hujan yang agak lebat...

"Ya Allah, Kau permudahkan urusan Umar pada hari ini.  Aku serahkan padaMu"

Saya kejutkan Umar dan Lana untuk bersiap ke sekolah.  Pada pagi itu, saya akan menghantar Umar ke sekolah lebih awal jam 7.30 pagi.  Sementara Lana akan pergi jam 8.30 pagi.

Umar akan menumpang kereta Dominic dan Anthony.  Ibu kepada Dominic (Sara) menjadi pemandu sukarela untuk kali ini.  Sara menyatakan pada saya dia akan hantar Umar terus ke rumah selepas pulang nanti.  Alhamdullilah...

Saya pesan pada Umar jaga diri dan jangan bersemangat sangat.  Ikut kata coach.

Kemudian, saya pulang ke rumah…. ambil Lana dan hantar  ke sekolah semula.

Jam 3 petang,  Saya lihat kereta Sara (ibu Dominic) sampai di laman rumah.

Eh, Umar dah sampai!

Saya berkata dalam hati.

Alhamdullilah, syukur ya Allah...

"Umar balik awal? kata pukul 5 petang…", tanya saya pada Umar.

"Anthony ada tuisyen pukul 4 petang.  Jadi, kitaorang balik awal daripada orang lain.  Lagipun, di atas gunung basah.  Salji pun turun lebat.  Blizzard...".

"Kalau macam itu, pergilah solat",  kata saya.

Hari ini, saya melihat percaturan dari Allah Taala.  Sangat cantik... sangat indah jalan ceritanya.

Tuhan lebih mengetahui… teruskan berdoa.  Dia Maha Berkuasa.

Allahuakbar...😍

Catatan Harian Kisah Anak-anak,
Siti Khairulbariah Sahbudin

Pandangan daripada atas chair lift

berada atas Shames Mountain, Terrace


0 ulasan