Field Trip Kakak

Ini merupakan pertama kali Kakak Lana mengikut rombongan sekolah St Anthony bermalam.  Rombongan sekolah untuk bermain ski di Hudson Bay Mountain, Smithers, British Columbia, Kanada.

Pertama kali saya menerima email dari Mr Webster (guru kelas) tentang rombongan sekolah, hati saya sudah mula tidak keruan.  Bukan saya tidak benarkan tetapi saya hanya fikirkan tentang waktu solat.  Macam-macam saya fikirkan tentang dia sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.  Allahuakbar.

Lana bersungguh-sungguh meyakinkan saya bahawa dia tidak akan tinggalkan solat.

Saya bersyukur kerana anak-anak faham tentang kepentingan solat.  Alhamdullilah...

Kali ini rombongan sekolah ke Smithers, mengambil masa 3 jam untuk sampai dari Kitimat. Seramai lebih 30 orang pelajar yang ikut serta.   Memang tiada muslim, Lana dan Umar merupakan satu-satunya keluarga Muslim di St. Anthony School.  Dan, Lana merupakan muslim yang bertudung sejak dia berusia 7 tahun.  Saya pohon pada Allah semoga Allah jaga imannya walau dia berada di mana-mana dunia sekalipun.

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba.   Macam-macam pesanan saya tinggalkan buat Lana.

Lana beritahu dia akan naik kereta dengan Mr Webster (guru kelasnya).  Lana sudah beritahu pada Mr Webster, nanti bila sampai waktu untuk solat.  Dia nak pinjam ruang kereta untuk solat dalam kereta.  Rupanya Mr Webster langsung tidak kisah.  Saya sendiri tidak sangka Lana boleh uruskan hal ini dengan gurunya.  Yang menariknya, mereka sangat menghormati permintaan Lana.

Saya beri Lana pinjam telefon bimbit saya supaya mudah untuk dia bangun solat Subuh.

Rombongan mereka telah menginap di gymnasium sebuah sekolah sekitar Smithers.  Di sini, kebiasaannya rombongan akan menginap di sekolah dan masing-masing akan bawa sleeping bed.

Lana hubungi saya setelah sampai di Smithers.  Siap bagitau,

"Kakak dah jumpa ruang yang sesuai untuk solat.  Kakak solat dalam bilik darjah yang kosong.  Hanya esok sahaja waktu main ski kakak akan solat dalam kereta Mr Webster",  cerita Lana dari dalam corong telefon.

Alhamdullilah...

Lega bila dengar penjelasan Lana.

Tentang makanan pula.  Di sini, guru-guru akan siapkan makanan yang di minta oleh pihak pelajar. Sebab ada sesetengah daripada mereka merupakan seorang vegan maksudnya hanya makan sayur sahaja.  Jadi, Lana akan join makanan yang sama di pesan oleh rakan-rakannya yang vegan.

Satu lagi Allah permudahkan urusan Lana.

Syukur syukur Ya Allah...

Lana benar-benar sudah dapat menyesuaikan keadaannya dengan kawan-kawan mat saleh di sini.  Kawan-kawan yang memang tidak pernah ada pengalaman berkawan dengan pelajar Muslim.

Apa yang menarik, pendirian Lana di hormati oleh rakan-rakannya.  Lana tiada masalah menjalani kehidupan sebagai seorang muslimah di kalangan kawan-kawan sekolah. Semoga Lana juga tiada masalah menyesuaikan keadaannya bila berada di alam universiti.

Tulisan Kisah Anak-anak...
Winter 2020




















0 ulasan