Pagi Jumaat Penuh Keberkatan

Hari ke-4

Hari ini merupakan hari Jumaat dan merupakan hari keempat kami sekeluarga menghabiskan masa di rumah.  Paling jauh untuk melepak pun belakang rumah.  Hanya kami berempat.

Seperti juga negara lain di dunia, kebanyakannya telah  mengistiharkan 'emergency' di kawasan masing-masing.  Sama juga seperti Kanada.Tetapi, Kanada buat secara peringkat demi peringkat, memandangkan Kanada negara yang besar.  Dan, penduduknya tidaklah padat untuk secara keseluruhan negara.  Maka, PM memberi keputusan penuh kepada pemerintah setiap province untuk mengistiharkan perintah berkurung secara kawalan bila sampai masa.

Dan, ketika ini British Columbia merupakan province atau negeri yang paling ramai kes COVID19 di Kanada.  Ya, kami tinggal di British Columbia tetapi kami tidak tinggal di daerah yang tidak ramai orang.  Saya boleh kata kawasan tinggal saya memang jauh daripada orang ramai.  Maka, bonus untuk kami...syukur alhamdullilah.

Pagi tadi, saya telah keluar ke pasaraya berdekatan.  Di sini hanya ada 2 pasaraya.  Itulah 2 tempat kalau nak cari apa-apa makanan basah ataupun ikan serta daging.

Dan, kali ini saya hanya berhajat untuk membeli susu dan sedikit sayur.

Melangkah ke pasaraya Save On Food, saya melihat suasana yang biasa.  Tidak berapa ramai orang.  Mungkin sebab faktor COVID19 saya fikir.  Ataupun, sebab semua orang keluar kerana spring break.  Ada yang masuk hutan seperti kelaziman pada musim spring.

Tiba-tiba saya terfikir, nak beli gula kerana stok yang ada sedikit.

Eh, kosong!

Berubah emosi saya sekejap.  Tup...

Kalau 4 hari lepas saya datang mencari beras di kedua-dua pasaraya sudah habis.  Kali ini rak gula juga sudah kosong.

Saya berjalan lagi ke kawasan susu.  Ok, Alhamdullilah...

Kemudian, saya melangkah laju ke kawasan sayur-sayuran. Eh, bawang semua dah tak ada!

Alamak!

Sabar ye....Sabar ye...

Saya hanya mengambil satu bungkusan sayur buncis.. Yang mana saya kira sudah hampir layu.  Tak apalah...Terus, saya ke kaunter self check (kaunter bayar sendiri)

Laju saya melangkah ke kereta...simpan barang yang di beli.

Sebenarnya hati saya berkata-kata...

Ya Allah... Ampunkan dosa aku, ampunkan dosa kami ya, Allah...Lindungilah kami ya Allah..

Tiada ucapan… hanya pandangan kosong.  Terus saya menekan pedal minyak...

************************
Ketika coretan ini, saya baru sahaja pulang dari pasaraya...
Saya memujuk hati,  mengajak diri untuk kuatkan mental...muhasabah diri

Masalah ini, adalah masalah global.  Bukan masalah aku seorang sahaja.  Ada ramai lagi di dunia ini yang sedang dan sangat tertekan dengan suasana ini.  Aku baru sedikit sahaja tekanan.

Semoga ujian ini cepat berakhir kerana tinggal lagi sebulan umat manusia.. kita semua akan bertemu Ramadhan Kareem..Aamin...

Catatan Harian,
Perantau Desa di Bumi Kanada

Bandar kecil Kitimat


Laluan ke bandar

Laluan ke bandar



0 ulasan