Morning Coffee Awesome ☕️ ๐Ÿ˜Ž

Pagi ini merupakan pagi yang awesome bagi saya!

Sebab saya akan lebih banyak bersembang….hahahah suka sangat bersembang kan..

Tapi kali ini sebab morning coffee bersama rakan-rakan yang mana kebanyakannya berasal dari Quebec, Canada. Dan seorang dari Brazil.  Mereka juga datang ke Kitimat lebih kurang macam saya.  hampir 2 tahun.

Pelbagai cerita dan pengalaman yang ingin dikongsikan bersama.

Bagaimana saya kenal mereka? Saya kenal melalui English Community in Kitimat.  Dan, saya sudah join Community ini hampir setahun.  Seronok sebab dapat dengar pelbagai ragam dan bahasa.

Ok, saya ceritakan dulu berkenaan Quebec.  Quebec merupakan antara negeri dalam Canada.  Mereka menggunakan Bahasa Perancis sebagai bahasa utama dalam kehidupan.  Maka, apabila mereka berhijrah ke British Columbia ke sini (salah satu negeri di Canada), mereka menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara. 

Untuk pengetahuan kepada semua pembaca, Canada mempunyai dua bahasa pengantar iaitu Bahasa Perancis dan Bahasa Inggeris.  Bahasa Perancis digunakan di sebelah pantai Timur Canada dan Bahasa Inggeris di sebelah pantai Barat Canada.  Kedua-duanya sama penting dan kedua-duanya diberi keutamaan. Tiada istilah bahasa kedua di Canada.

Salah seorang rakan saya dari Brazil bernama Doralice Gurski.  Beliau telah berkahwin dengan pemuda dari Vancouver Island, Canada. InsyaAllah tidak lama lagi akan mendapat kerakyatan Canada.

Sembang cerita kami pagi ini lebih berkisar tentang kehidupan dan aktiviti yang ingin diadakan pada musim panas tidak lama lagi.

Bila kita sembang, barulah saya tahu kebanyakan mereka suka mengisi masa lapang dengan aktiviti yang sangat bermanfaat seperti melukis, mendayung sampan, hiking.  Mereka berkongsi minat bersama-sama dengan kawan-kawan.  Masing-masing mendengar cerita masing-masing dengan penuh keterujaan.

Yang paling awesome, tiada seorang pun yang memegang handphone atau melihat message pada handphone.  Satu tabiat yang sangat baik yang perlu diikuti sebagai menghormati majlis pada pagi ini.

Terima kasih pada semua...

Catatan Harian daripada Pena Perantau, 

Siti Khairulbariah Sahbudin


Ready Guys!!


0 ulasan