Musim yang dicemburui

Lama sangat rasanya tak tengok matahari yang terik pada waktu pagi...😌

Agaknya macam tu la kan perasaan masyarakat sini kan.

Masa mula-mula sampai ke sini, saya agak pelik bila jiran-jiran saya bersembang tentang matahari.  Keseronokan menunggu sinar matahari di waktu pagi.

Kami punyalah seronok menunggu bila nak turun salji.  Diaorang menunggu sinar matahari.  Begitulah perbezaan cara kita berfikir kan.

Anak-anak saya masa mula-mula datang ke sini. Hari-hari bertanya tentang kedatangan salji kerana masa itu kami datang sudah hujung-hujung winter.  Alhamdullilah, akhirnya salji turun tetapi sangat nipis.  Dapatlah merasa buat snowman yang comel.  Saya masih ingat lagi, Carol jiran sebelah rumah bersungguh-sungguh membantu Umar dan Lana menyiapkan snowman.  Katanya, dia seronok lihat Umar dan Lana bermain salji.

Carol merupakan seorang tua yang tinggal bersebelahan rumah kami.  Beliau tinggal bersama suaminya Kelly serta anjingnya Mickey.  Anak-anak semua sudah besar dan sudah bercucu.  Memanglah kesunyian kan.  Jadi kedatangan kami sebagai pengubat rindu kepada anak dan cucu-cucunya.

Dengan Carol juga, saya sering mendengar ceritanya tentang kesukaannya menunggu musim panas kerana dia suka bercucuk tanam di laman belakang rumahnya.

Betul la tu kan.  Kalau tiada matahari dan salji menimbun macamana nak tanam pokok ataupun sayur-sayuran.

Masa itu, saya berfikir beruntungnya rakyat Malaysia yang mempunyai negara musim panas sepanjang tahun.  Saya juga berbangga bila kawan-kawan di sini berkata mereka mencemburui musim panas di Malaysia.

Begitulah kan...kadang-kadang kita terlupa nikmat yang Allah berikan.😐

Catatan Harian Coretan di pagi hari...

Pemandangan Skeena River di Terrace pada waktu pagi






0 ulasan