Resepi Minuman Sihat Smoothies 😋

Minggu lepas saya bersama keluarga singgah di sebuah cafe kecil berdekatan dengan kawasan kediaman saya.  Nama restoran itu ialah Vitality.

Dan, saya juga tahu cafe itu menyediakan makanan dan minuman berkonsepkan diet sihat.  Ini kali ketiga saya singgah ke cafe tersebut.

Pertama kali masuk... saya tidak berapa kenal bahan-bahan yang digunakan. Maka, saya tanya pakcik google... itu dan ini.  Ada, sesetangah bahan- bahan itu jarang didapati di Malaysia.

Maka, untuk kali ketiga ini... saya cuba fruit smoothies  Sebab saya lihat kawan saya minum jus ini semasa kami chit chat.. last 2 weeks.

Ehhh... sedap rupanya walaupun rupanya tidak ku gemar 😅…  Betul,  memang rupanya tidak menarik langsung tapi itulah yang bagusnya untuk perut kita kan..

Mungkin ini juga merupakan tips penjagaan kesihatan bagaimana omputeh sini survived bila musim sejuk dengan makanan-makanan begini.

Korang boleh cuba... it’s awesome, sebab hari ini saya beli bahan-bahan dan boleh buat di rumah..

Bahan-bahan :-
Pisang
Sayur bayam
Buah blueberries
Strawberry
Almond milk
Maple syrup

Blend semua bahan ....  taraaaa 👍🏻👍🏻 for my lunch 🥗 Sila lihat skrol di bawah sekali, saya ada share video untuk melihat anggaran sukatan smoothies.

Untuk kali kedua kali, saya minum smoothies homemade.  Jimat sebab harganya CAD 6.99. 😑

Selamat tengahari 🤗 dan selamat mencuba...

Catatan Harian di waktu tengahari

Sebelum Blend

Selepas



0 ulasan