Spring Break 2020 #stayhome

Dua minggu sudah berlalu...

Selama 2 minggu ini, pelbagai reaksi dan cerita di dendangkan tidak kira di mana.  Media sosial, TV, email bercerita pasal COVID19.

Hashtag stayathome, stayhealthy menjadi trending yang sangat luar biasa.

Kehidupan saya selama 2 minggu ini, sebenarnya tidak banyak berubah sejak saya jadi penghuni di bumi Kitimat.  Sejak tinggal di sini, kami sekeluarga tiada aktiviti yang ekstrem seperti pulang ke kampung, pergi window shopping berjam-jam, stuck di atas jalan raya berjam-jam.  Semua itu tiada di sini.

Sememangnya #stayathome sudah lama kami amalkan.  Begitulah ceritanya kalau kita jadi anak perantau.  Ditambah pula, perantau di bumi yang sungguh asing.  Tak berjumpa dengan penghuni yang sama warganegara dengan kita.  Dan, sememangnya kita tahu, kitalah satu-satunya Malaysian di sini.

Bermain dengan anak-anak di laman belakang.  Sesekali pergi masuk hutan dengan anak-anak.  Jarang-jarang orang lain dapat join sekali.

Sunyi... saya belajar untuk hadam tentang SUNYI...

Kisah COVID19, mengajar tentang saya bahawasanya tiada kuasa lain yang cukup berkuasa. Hanya padaNya kau tunduk, kau sujud.

Kalau pada awal-awal kisah penularan wabak ini, banyak yang kita baca tentang kata-kata pemimpin dunia berkata boleh hadapinya dengan effisien.

Nah, kita lihat selepas 2 minggu ini!

Tiada lagi kata-kata hebat berdentam-dentum berbahas tentang kemuliaan diri sendiri, masing-masing seperti tunduk.  Mula akur dengan kuasaNya.  Dendang tapi tak berlagu.

Bila mana, satu-satu pemimpin dunia tumbang sudah mula terjangkit dengan musuh yang paling kecil di dunia ini.  Jutawan, raja, permaisuri seolah-olah dikejar.  Kita semua sedang berperang dengan musuh yang paling halus dan tidak langsung boleh nampak dengan mata kasar.  Tersedar dengan kuasaNya.

Sejarah ini sedang bermula kawan...

Tugas kita ikut.  Tugas kita menurut perintah...

Bersangka baik padaNya.  Sebab dia sayang pada kita semua...

Dia sedang ajar kita semua tentang kasih sayang sesama manusia dengan cara ini...

Tanda kita sayang padaNya.  Kita ikut apa yang di suruh olehNya.  Tidak kira di bumi mana kau berada.

Saya juga sedang belajar,  hari-hari belajar ingin menjadi baik.  Bukan baik pada manusia semata tetapi menjadi baik padaNya.  InsyaAllah.

Catatan Harian,
Perantau di bumi Kanada




















0 ulasan