1 Ramadhan

Mata masih lagi terkelip-kelip...

Assalamualaikum... semua.  Selamat berpuasa.. 

Di ketika kami sedang bersahur, saya tahu keluarga saya di Tanahair sedang berbuka puasa.  Maka, tamatlah puasa untuk 1 Ramadhan.  Alhamdullilah...

Dan, kami di sini baru bermula 1 Ramadhan 1441

Cadangnya lepas baca Al-Quran ingin lelapkan mata.  Nak bangun jam 8 pagi.  Kalau kat Malaysia ni dah lama kena jerit.  Tapi, di sini siapa yang tahu, suami pun suruh tidur sebab baru tidur malam 3 jam sahaja... tapi mata masih lagi bercahaya.  Semangat puasa 1 Ramadhan....

Sambil layankan video ucapan Ramadhan Kareem daripada Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau.  Tetiba hati sayu... Tahun kedua kami sekeluarga menyambut Ramadhan di bumi Kanada.  Of course, sunyi.

Teringat 2 tahun lepas, saya pernah menetap di Korea Selatan.  Tapi, Ramadhan tetap dirasai sebab  masjid boleh dikatakan hampir dengan tempat tinggal kami.  Dapatlah juga mengubat rindu kan...

Bezanya di sini, tiada masjid.  Lagipun penduduk Islam di Kitimat mungkin dalam 20 orang sahaja.  Itupun hanya agakan saya sahaja.  Yang dari Malaysia pun hanya 2 orang, sekali dengan saya dan anak-anak adalah 5 orang. Hihihi... sebab kawan saya dari Malaysia tu bujang.

Tempoh berpuasa pada musim panas di Kanada agak lama sebenarnya sama seperti tahun lepas.  Hampir 18 jam lebih.  Dan, akan lebih lama bila nak dekat-dekat Syawal iaitu 19 jam.

Memandangkan tempoh berpuasa panjang, dan setelah bincang bersama mufti-mufti.  Kami disarankan mengikut waktu puasa Makkah.  So tahun ni Makkah puasa selama 17 jam. Begitulah...

Cerita tentang waktu solat pula.  Setiap hari waktu solat tidak sama.  Perbezaannya amat ketara pada setiap hari.  Memang hari-hari wajib tengok waktu solat.  Untuk hari ini :-

Subuh  -  4.11 am
Sunrise - 6.13 am
Zuhur  -  1.33 pm
Asar    -  5.32 pm
Maghrib - 8.54 pm
Isyak   -  10.55 pm

Waktu solat ini akan berubah-ubah.  Kalau di lihat waktu hampir jam 11 malam.  Lewat kan...agak-agak habis terawih pukul berapa? Sabar je lah..

Alhamdullilah, malam tadi Allah izinkan menunaikan solat terawih walaupun mata sangatlah berat. 🥱

Cara saya menyusun tidur, lepas solat Subuh.  Saya kena tidur.  Kalau macam suami wajib sambung tidur sebab esok nak masuk kerja jam 7.30 pagi walaupun musim ini #workfromhome namun kerja wajib masuk...  

Insyaallah.. doakan kami semoga dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan sihat.  

Saya juga mendoakan semoga seluruh umat muslimin dan muslimat di seluruh dunia dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang dan sempurna.  Insyaallah ...

Catatan Harian,
Si Perantau di Bumi Kanada... 😍

Gambar yang di ambil petang sebelum Maghrib jam 6 petang 




2 ulasan