Catatan Harian Perintah Berkurung

Semenjak Perdana Menteri mengumumkan PKP peringkat ketiga, ramai yang sudah semakin celaru.

Untuk kami yang tinggal jauh dari Tanahair ini hanya mendengar dan melihat suasana itu.  Tanpa sebarang pandangan. Kosong… dan saya sendiri sudah jangkakan.

Tapi, selepas bebarapa hari. Saya ingin menyatakan pandangan saya sendiri.  Bagi saya Malaysia memang patut buat PKP peringkat ketiga sebab saya lihat graf Malaysia semakin baik.  Kalau nak dibandingkan dengan Kanada, Malaysia jauh lebih baik. Tahniah kepada barisan hadapan dan juga Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

Rakyat Malaysia jangan lihat dan bandingkan pada negara sebelah Barat atau negara lebih maju kerana mereka simpanan yang banyak untuk menampung negara mereka.  Kalau tak, tak lah dipanggil negara maju kan.  Malaysia masih lagi tahap negara membangun. Jadi, kita kena sama-sama bersatu-padu melawan virus ini dengan padu… haaa gitu!

Ramai yang marah-marah dengan kluster kayangan.  Sebelum ini, saya tidak ambil tahu sangat apa yang dimaksudkan dengan 'kluster kayangan' tapi rupanya rakyat Malaysia yang pergi berjalan dan bekerja di luar negara.  Memang la betul, ada sesetengah perlakuan mereka sangat menjengkelkan tapi tidaklah semua.

Maka, bagi saya kita jangan la pula termasuk dalam kalangan golongan bawang merah dan bawang putih ni.  Kita yang hanya menjadi pendengar dan pembaca kena belajar diam.  Elok-elok tak ada dosa jadi berdosa pula.  Jagalah bahasa.

Kadang-kadang kita ini terlupa apa yang kita tulis di media sosial di baca seluruh dunia. Jangan ingat orang puteh tu tak paham bahasa kita.  Sistem google menyediakan lebih 200 bahasa. Bayangkanlah…  tak rasa malu ke?  Bahasa menunjukkan bangsa.  Kalau tak pun kita jagalah bahasa di depan anak-anak atau anak-anak sedara atau jiran tetangga.  Bukan orang lain yang baca pun.. depa-depa jugak.

Dan, saya melihat orang Timur pun dah bukan seperti orang Timur.  Budaya Timur yang kita agung-agungkan sudah menjadi milik orang lain.  Mungkin tidak sesuai untuk semua.

Kita sibuk sebut pasal orang lain. Orang lain melihat sambal menggeleng kepala..

Fikir-fikir la ye..

Catatan harian ini sebagai peringatan bersama sebab saya sayang Malaysia.

Perantau di Bumi Kanada



2 ulasan

  1. salam kak siti..pe khabar? yaya dtg singgh melawat blog dan tuan blog..hehe
    oh kak siti skrg ada kat Kanada ye...bila dpt blik sni agknya..

    ada jgak psl kluster kygan tu.hm. xtau nak komen cmne psl depa cuma yg bole ckp,
    kita ni xkira siapa dan dimana, adab tu perlu menjadi keutamaan, kan. kalau nak org hormat kita, kita jg perlu hormat mereka.

    Semoga sgla urusan kita dpmudahkan kelak..jaga diri kak siti kat sana ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam...

      Khabar baik. Terima kasih sudi dating singgah blog. Iye memang berada di sini dah hampir 2 tahun. Mungkin tak balik Malaysia kot. Sebab tak nak jadi kluster kayangan. hihihi.

      Jaga diri juga yer...

      Padam