Day 2 Ramadhan - Spring Berkunjung Lagi

Hari ke 2 Ramadhan...

Alhamdullilah, terima kasih atas nikmatMu...

Habis sahaja waktu berbuka puasa, bermakna... rakan-rakan dan juga keluarga di kampung Tanahair sedang menikmati Sahur untuk Ramadhan hari ke-3 .  Begitulah perbezaan waktu di antara kami.

Terasa amat jauh Malaysia 🇲🇾..  hujung ke hujung.  Benar seperti kawan-kawan saya di sini mengatakan kita tinggal di hujung dunia.  Pabila korang masuk sahaja daerah kecil ini.  Korang akan rasa sudah habis jalan.  Iya, betul sebab daerah ini nak masuk hanya ada satu jalan untuk keluar dan masuk.  Begitulah... hujungnya...

Hari ini saya nak kisahkan tentang spring time.  Walaupun sudah masuk spring dan ada di sesetengah tempat sudah masuk summer.  Dan, ada juga di sesetengah negeri di Kanada yang masih turun salji.  Namanya spring in the snow. Hihihi...

Sejak tiga minggu lepas, saya sudah mula membaja, menggembur tanah.  Saya betul-betul tidak menyangka pokok yang saya tanam di laman rumah bahagian depan tahun lepas boleh tumbuh elok.  Alhamdullilah, kenapa saya kata begitu? Sebab selepas saya tanam, kami di sini mengalami salji yang sangat tebal.  Dan, saya amat yakin. Semua pokok yang saya tanam di atas tanah habis mati.  Sebab pokok-pokok dok dalam salji lebih 4 bulan...

Nanti saya cari gambar, betapa tingginya salji di kawasan ini.

Seperti macam tahun lepas, saya akan beberapa pokok pasu bunga untuk di gantung.  Geram juga bila tengok rumah Johnna dah siap ada bunga dalam pasu...

So, pagi semalam... saya dapat beberapa pesanan ringkas daripada jiran tetangga memuji pokok bunga yang digantung.  Ye lah, musim ini memang tak dapat nak berziarah.  Jadi inilah caranya, dari tingkap rumah kami melambai-lambai...

Untuk tahun ini juga, saya fikir terpaksa menangguhkan projek tanaman di laman belakang rumah.  Nak membeli biji benih sayur dan sebagainya.  Tak berani nak berselisih bahu bila ke pasar bunga... #socialdistancing

Jom, saya kongsikan beberapa gambar pokok bunga di laman rumah..

timbunan salji depan rumah
Semasa musim salji yang lepas dimana, pokok-pokok bunga saya tertimbus dalam salji ini














1 ulasan