Lagi 2 Hari Ramadhan

Lagi 2 hari Ramadhan akan tiba...

Bagaimana persediaan kalian menyambut Ramadhan kali ini? Majoriti yang saya tanya, jawapan agak sugul, sedih, tidak seronok, tidak dapat balik kampung. Gara-gara covid19, semuanya hampir musnah belaka.  

Di pihak saya, pun tiada jawapan yang excited.  Jawapan saya, Insyaallah sama seperti tahun lepas.

Tahun ini merupakan tahun ke-2, kami sekeluarga menyambut Ramadhan di perantauan.  Tahun kedua menyambut Aidilfitri di Kanada.  

Bezanya, kalau tahun lepas... anak-anak ke sekolah seperti biasa tapi tahun ini kita sambut Ramadhan di rumah.  Insyaallah selama sebulan.  Tidak ada cadangan nak jemput sapa-sapa untuk berbuka puasa bersama-sama.  Tahun lepas, ada la juga saya jemput seminggu sekali.  Satu-satu rakan bujang dari Malaysia beragama Islam untuk berbuka sama-sama.  Nampak gayanya, tahun ini saya yang akan hantar juadah ke rumahnya.

Sebelum penghijrahan saya ke Kanada, sebenarnya saya sudah set minda saya bahawasanya saya tidak akan dapat sambut Ramadhan dan Aidilfitri di Tanahair untuk beberapa tahun kerana tarikh keduanya jatuh pada hari persekolahan.  Alhamdullilah, tiada airmata untuk ‘Hari Ini dalam Sejarah’ 😂.  Kerana, saya dan suami yang memilih jalan ini. Betul tak?

Maka, bila saya lihat suasana kelam-kabut di Tanahair tentang ‘tak dapat balik kampung di hari pertama Ramadhan’.  Saya fikir, kita buat macam kita ni kat obersea lahh.. ala-ala... boleh tak pikir macam tuh... tak boleh tak apa.  

Sebab tahun lepas, ramai yang bertanya tentang perasaan menyambut Ramadhan di perantauan.  Tak sunyi ke? Tak sedih ke?  Haa, begitulah jawapannya.

Memang ada la sedih tapi tidaklah sampai meratapi menangis di bucu katil.  Boleh jadi drama la pulak.

Dan, saya juga faham.  Kalau orang ramai kata... tak sama itu obersea ni Malaysia. Ye lahh... ok fine 🙂

So silakan berusaha untuk pulang ke kampung beramai-ramai di musim covid19 ini.  Ini namanya pentingkan diri sendiri. 😏

Sebab apa saya kata begitu kerana saya agak perasan warga di Tanahair ni mudah sangat ada isu viral.  Buat baik pun viral, buat salah lagilah viral.  Jadi, tang bucu mana kita nak kutip pahala? Sekejap-sekejap hilang pahala bila tekan butang SHARE.

Dan, ada baiknya juga bila kita lihat dan ramai tahu budaya individualistik masyarakat Barat.  Ramai yang mengecam kan? Kata bukan-bukan... 

Saya sendiri pernah mendapat kata-kata dari warga di Tanahair mengatakan ‘nak tengok sejauh mana penjajah ni buat baik pada kita?’ .  Come on laa... jangan tunggu orang lain buat baik dengan kita, kita yang mulakan dulu.  Aduhaii...

Ingin saya kongsikan, setakat ini saya tidak ada tekanan emosi dengan jiran tetangga yang mana semuanya adalah non-muslim dan masyarakat Barat.  Mereka sangat menghormati kami sebagai muslim.  Kadang-kadang mereka lebih ‘Islam’ dari apa yang kita sangkakan.

So, fikir-fikirkan lah Bersama wahai rakan-rakan yang saya hormati sekalian.

Sekian catatan harian di petang Rabu 29 Syaaban 1441

Maghrib 8.50 malam

Tulis blog di laman rumah




0 ulasan