Resepi di 3 Ramadhan

Kisah semalam ....

Hari ini merupakan hari Ahad dan merupakan hari ke-3 Ramadhan.  Syukur Alhamdullilah...

Hari yang paling relax, tak perlu tengok kerja sekolah dan komputer.  Hurray!

Semalam suami jadi chef 👨‍🍳 di dapur, hari ini katanya dia tak nak masak sebab penat masak ayam percik semalam.  Amboi penatnya sampai satu hari...

Ok lahh... lagipun sudah banyak bantuan yang diberi.  Cewahhh...
Sebab dia nak sambung tidur so macam-macam la alasan yang diberikan.  Saya faham sangat, sejak masuk musim panas.  Masa tidur kami agak huru-hara ditambah pula bulan Ramadhan jatuh di musim ini.  Pengalaman yang sama seperti tahun lepas.

Bukan sebab masa siang yang lebih panjang tetapi waktu solat Isyak yang sangat lewat.  Untuk waktu Isyak malam semalam masuk jam 11.01 malam.  Dan, kemudian kami sambung solat terawih berjemaah.  Jam 12.30 pagi, masuk tidur.  Gagahkan diri untuk bangun Sahur jam 3 pagi.  Subuh masuk jam 4 pagi.  Begitulah.... mencabar tapi saya yakin Allah membantu kami ketika kami minta untuk ibadah terawih dipermudahkan.   Lagipun, lepas Sahur sebenarnya saya susah nak sambung tidur.  Dah siang, jam 6 pagi baru dapat lelapkan mata semula...

Sebab tahun lepas, saya langsung tidak terawih kerana kebingungan dengan waktu tidur.  Sering di serang migrain.  Yelahh... isyak masuk jam 11.30 malam.  Kami bangun sahur jam 2.30 pagi... bingung...bingung weii... ngantuk matoo.  Haa, pecah rahsia...teruk betul perangai..

So, berbalik cerita pasal resepi istimewa ini.

Tengahari tadi saya dapat pesanan ringkas tentang resepi akok (kuih tradisional Kelantan) daripada sahabat lama @sapiah_aini from Malaysia.  Saya beritahu dengam suami, bila dia baca resepi akok. Terus dia bersemangat.  Suka sangat nampaknya...

Tup tup katanya dia nak cuba buat...woww.  Suka sangat la Mama sebab ada pembantu di dapur...

Sementara saya menyiapkan menu nasi lemak bersama menu masak daging hitam,  Mr Husband siapkan menu pemanis mulut.  Jeng jeng jeng....

Di sini saya kongsikan Resepi Akok Kelate...

A) 1 cawan santan
B) 1/2 cawan tepung gandum
C) 1 cawan air + 1 1/2 keping gula melaka
D) 5 kuntum bunga cengkih
E) 5 biji telor
F) daun pandan (saya tambah pewarna hijau nak nampak hijau lebih)
G) garam

Cara-cara:-

1) C + D (gula melaka masak bersama bunga cengkih)
2) santan blend bersama daun pandan..selepas itu tapis
3) campur semua sekali
4) adunan memang kelihata cair. Situlah rahsianya supaya nanti akan kedut dan bolehlah bakar...

Bakar selama 15 - 20 minit dengan suhu 200 degree.

Alhamdullilah... akok habis dengan cepat... macam pisang goreng panas.  Nasi lemak pun tak berapa laku kali ini.   😂

Terima kasih buat Sapiah kerana sudi berkongsi resepi yang sangat dirindui. Mmmuuaahh

Catatan Resepi Perantau Sendu 😃
Dari Kamar Dapur Kak KB

koleksi sitikb
Mula-mula menaik, kemudian mengedut

koleksi sitikb
bolehlah masukkan bancuhan selepas panaskan oven dalam 5 minit

koleksi sitikb
semakin penuh..

Nampak menyelerakan tak?


kedutan yang amat menyerlah!

1 ulasan