Resepi Nasi Briyani Canada Pre Ramadhan

Lagi 2 hari nak sambut Ramadhan...

Semalam saya bersuara dengan suami untuk mencuba nasi briyani.  Dia kata cubalah... kalau tak jadi kita masuk dalam Facebook group ‘Masak Tak Jadi’.  Boleh pula dia fikir ke situ.  Nak glamer la tuh..

Rata-rata yang saya google tentang resepi nasi briyani menggunakan rempah briyani daripada pelbagai jenama.

Memandangkan saya tidak pernah mencuba rempah briyani di sini.  Maka, saya ambil keputusan untuk mencuba buat rempah briyani sendiri.  Try skil  di dapur. Sape tau kan.. hihihi

Ok, untuk resepi nasi briyani saya cuba daripada resepi  Puan Azie Kitchen.  Untuk daging masak briyani saya cuba daripada Facebook Resepi Orang Kampung. Untuk acar sayur-sayuran adalah daripada resepi che nom.



Yang paling best sekali nak bagitau, rempah briyani tu pun adalah hasil daripada godek-godek di internet.  Memang rasa masuk bakul, tekan butang lif. 😂

Walaupun tidak la capai sangat rasa macam Nasi Briyani Gam Batu Pahat tapi sebab anak kata sedap.  Terus Mama nya berbunga-bunga.  Boleh buat lagi nihhh...

Saya ucapkan terima kasih banyak kerana adanya blog-blog yang best pasal resepi.  Kalau tak kerana datang ke hujung dunia ini, saya tak fikir saya akan cuba macam- macam resepi di bumi bertuah Kanada 🇨🇦 ini.  Alhamdullilah...



Semoga ia menjadi manfaat kepada semua 




Daging Briyani 


Acar Timun















                 

0 ulasan