Bila Musim Tulip sudah tiba !!!

                           

Pagi tadi lepas hantar suami ke pejabat, saya singgah di taman bunga ...

Tak jauh dari rumah sebenarnya, dalam 10 minit berjalan kaki...

Nak ajak anak-anak, mereka masih tidur lagi.  Ye lah...bila sampai musim panas ni di tambah pula dengan musim Ramadhan.  Tidur pun huru-hara... nasib baik cuti sekolah sebab Covid19.  Kalau tak jadi macam tahun lepas kebingungan masing-masing...

Saya pergi seorang diri...daripada minggu lepas lagi nak singgah ke sini.  Asyik tertangguh sahaja...

Saya nak sangat mengabadikan video bunga tulip di channel youtube saya.  

Bila tengok bunga tulip, macam berangan-angan sudah sampai di Amsterdam, Netherlands.  Macam tu la berangannya saya.

Yang bestnya, saya seorang sahaja yang tergedek-gedek ambil gambar.  Mat Saleh sini tak hairan pun.  Ye lah… hari-hari tengok sejak diaorang celik biji mata...

Rasanya nak petik je...kann

Ada kawan dari Malaysia tanya, boleh ke petik bunga tu?  Saya rasa tak boleh sebab ia satu kesalahan undang-undang.  Tapi, saya fikir masyarakat sini sudah terdidik...menghormati tumbuh-tumbuhan dan binatang. Memang tiada siapa pun memetik bunga di taman bunga.  Sudah terdidik zaman berzaman...

Sebenarnya, tidak kira di negara mana sekalipun walaupun di Tanahair sendiri.  Mengambil hak orang itu satu kesalahan dan berdosa bagi kita umat Islam.  Samalah juga dengan memetik bunga di taman ke di laman orang ke... itu semua melanggar privasi orang.  Kita pun tak suka privasi kita di ganggu kann.  Kita sendiri pun tak suka... kalau orang tetiba memetik bunga kita di laman rumah ataupun di luar pagar rumah kita.

Nasihat saya, kita beli sahaja sejambak bunga di kedai-kedai bunga.  Kalau di sini bunga hidup sejambak di jual di pasaraya Save on Food.

Kalau yang memetik itu agaknya orang luar ataupun saya lah tuhhh...Allahuakbar…oooo tidakkk!!

Jom, saya kongsikan gambar-gambar

Inilah catatan harian saya untuk hari ini...




tulip





tulip

0 ulasan