Bila Waktu Solat Isyak Makin Lewat...

Kalau cerita pasal waktu solat… tiada masalah untuk kita hadapinya terutama yang berada di negara Tropika dan yang berada hampir dengan garisan Khatulistiwa.

Hampir sepanjang tahun,  waktu solat adalah sama.  Kalau ada beza mungkin jarak dalam beberapa minit.

Tahun ini merupakan tahun kedua saya dan keluarga menyambut Ramadhan di bumi Kanada.  Kanada ini sangat luas.  Negara kedua terbesar di dunia selepas Rusia.  Punyalah luas negara Kanada ini sampai waktu solat setiap negeri pun tak sama.

Saya tinggal di Kitimat, British Columbia di kawasan utara Kanada.  Tempat ini sebenarnya kalau memandu dalam 16 jam sudah sampai ke garisan Lingkaran Artik (Artic Circle).  Dekat kan dengan Artik?  Itu sebab sini sejuk hampir sepanjang tahun.

Jauh tak dengan garisan Khatulistiwa?  sudah-sudah tentulah jauh...hihihi...

Jadi, untuk tahun ini...bila musim panas dan Ramadhan pula sudah sampai di penghujung bulan.  Kami kena tukar waktu tidur..

Sejak beberapa hari lepas, suami sudah mula tukar waktu tidur.  Anak-anak dan suami sahaja yang ubah masa tidur.  Saya cuba bertahan kerana saya ingin menunaikan solat tarawih sepanjang malam-malam akhir Ramadhan.

Sekarang waktu Maghrib masuk pukul 9.37 malam dan Isyak masuk jam 11.27 malam.  Subuh masuk jam 3.35 pagi.

Ia memang menuntut penuh kesabaran, saya tidak nafikan.  Ye lahh.. iman pun bukan kuat sangat.  Jadi, suami kata...saya boleh sambung tidur lama sikit di waktu pagi.  Sebab suami bekerja dan anak-anak pula walaupun musim Covid19 ini tidak ke sekolah tetapi waktu sekolah seperti biasa (homeschooling).

Caranya ialah selepas solat Maghrib masuk tidur dan bangun jam 2.30 pagi untuk solat Isyak serta Tahajjud.  Kemudian, Sahur dan solat Subuh bila masuk waktu.

Kemudian, sambung balik tidur.  Suami akan ke pejabat jam 5.30 pagi dengan menaiki bas.

Haaa...begitulah cara kami sejak seminggu ini.  Di waktu akhir-akhir Malam LailatulQadar.

Da, sebenarnya bukanlah satu perkara yang mudah untuk ikut jadual tidur yang asyik bertukar-tukar.  Tetapi, saya yakin Allah ada bersama dalam perjuangan ini.

Semoga pencarian Malam Seribu Bulan akan tercapai.  Aaamin Aamin...Ya Rabbal A'laminn.

Catatan Harian Musafir di bumi Kanada
26 Ramadhan 1441

koleksi sitikb
Gambar ini di ambil semasa jam 9 malam

koleksi sitikb
Sambil tunggu waktu Maghrib.  Gambar ini di ambil jam 8.30 malam



0 ulasan