Happy anniversary

30 Mei 2004 merupakan tarikh keramat buat kami sebagai suami isteri...

Perkenalan cukup singkat, dalam tempoh mengenalinya.  Dan, seterusnya saya mengambil keputusan untuk menerimanya sebagai pasangan hidup.  Lelaki yang saya kenal hanya dalam tempoh 3 minggu telah menjadikan hidup saya bahagia.  Syukur Alhamdullilah...

Tidak ada ucapan selain daripada, saya bersyukur kerana dimilikinya...
Jangan lihat pada ketidaksempurnaan, kita lihat pada kebaikannya.  InsyaAllah, Allah pelihara untuk kita.  Bukan tiada pertelingkahan tetapi itu semua adalah asam garam dalam rumahtangga.  Sama-sama kita kemudi nakhoda ini.. Aamin Aamin..

Ya Allah, Kau pelihara dia untuk aku, untuk seluruh keluarganya kerana dia juga adalah nadi kepada ibunya juga keluarganya..

Kau ampunkan dosanya, Kau terimalah taubatnya...Moga kau menjadi suami, bapa, anak, menantu dan hamba yang disayangi...

Selamat Hari Ulang Tahun ke-16
Papa ...

Berdiri di atas tasik yang sudah membeku...namanya Lakelse lake


0 ulasan