Hari Raya 1 Syawal 1441

Salam Lebaran….

Eid Mubarak...

Salam Aidilfitri...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

1 Syawal 1441  atau 24 Mei 2020

Pertama kali, saya mengucapkan kesyukuran pada Allah Taala.  

Syukur  Syukur  Syukur … Alhamdullilah...

Di saat dunia dilanda wabak Covid19, para barisan hadapan bertungkus-lumus menjaga dunia.  Umat Islam di seluruh dunia boleh menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan.  Dengan norma baru...

Bagi saya walaupun ia sebuah norma baru, namun tetap seronok. Tetap meriah mengikut cara tersendiri..

Walaupun saya tidak nafikan, ramai juga yang bersedih kerana tidak dapat berjumpa dengan ibubapa tersayang di kampung serta adik-beradik.  Bukan tak kesian tapi nak buat macamana kan?  Bawa sahajalah bersabar.  Pada pendapat saya, ibu ini kena cepat-cepat bangkit daripada emosi yang negatif sebab dia punya aura mudah sangat berjangkit pada seluruh ahli keluarga.  Maka, Ibu-ibu kena banyak berdoa supaya Allah sentiasa memberi kesihatan yang baik supaya dia boleh berkhidmat dengan baik untuk keluarganya.  Kerana, saya sangat yakin anak-anak akan rasa sedih kalau ibunya juga bersedih.

Di sini, saya dan keluarga merupakan raya tahun kedua beraya di Kanada.  Di pagi raya, kami beraya berlima termasuk seorang kawan bujang dari Malaysia.  Itulah sahaja 5 orang Malaysia yang kini menjadi penghuni di bumi Kitimat ini. Saya sendiri tidak berapa pasti, ada berapa orang Muslim di Kitimat sekarang.  Yang saya tahu dalam 20 orang sahaja mungkin…  Penduduk di Kitimat dalam 9 -10 ribu orang.

Saya tak jemput kenalan lain sebenarnya, memandangkan masih lagi situasi lockdown.  Maka, kami tidak boleh berkumpul lebih 10 orang.

Jadi, pada raya pertama saya bercadang menghantar juadah raya ke rumah jiran-jiran terpilih.  Kenapa saya kata terpilih? sebab bukan semua boleh makan pedas.  Pengsan pulak nanti.  Saya hantar rendang kepada Carol dan Ali Webster. 

Untuk biskut raya, saya menghantar pada Reem keluarga dari Yemen dan Sairah dari Pakistan.  

Alhamdullilah, juadah dan menu pada hari raya benar-benar habis.  Seronok sebab dapat bersedekah makanan.  Dapat bagi kawan-kawan merasa makanan dari Malaysia.

Kalau nak diikutkan, saya ni bukan pandai masak.  Semuanya saya google.  Belajar daripada media sosial.  Syukur sangat kerana ada media sosial...kalau tak mungkin mati kutu juga dibuatnya.  Betul tak?

Pada pagi raya, saya bersama Lana menyiapkan beberapa juadah yang biasa saya lakukan setiap pagi raya…

koleksi sitikb
Biskut raya

koleksi sitikb
Juadah hari raya


  1.   Rendang ayam
  2.   Lontong bersama kuah lodeh
  3.   Kuah sate
  4.   Nasi lemak Bersama sambal sotong kering.
  5.   Kek buah
  6.   Biskut Almond London
  7.   Biskut Cornflakes
Haaa...itulah sebahagian juadah raya.  Yang bahagian biskut semuanya Lana buat... Syukur sebab Lana banyak membantu Mama dia.  Kalau tak bengkok juga dibuatnya.... Thank you Lana.

Di sini saya kongsikan gambar semasa di hari raya 1 Syawal...

koleksi sitikb

koleksi sitikb

koleksi sitikb

koleksi sitikb

koleksi sitikb

koleksi sitikb
posing sekejap dengan Carol lepas hantar juadah raya

koleksi sitikb







1 ulasan