Kenangan di Korea Selatan

                    

Kenangan di Korea Selatan...

Tiga tahun menetap di negara K-Pop banyak mengajar saya tentang budaya masyarakat yang terkenal dengan mata sepet...hihihi...  susah lah sebenarnya nak jumpa mata galak macam orang Jawa kan...

Diberi rezeki Allah Taala untuk menimba ilmu dan pengalaman bersama orang Korea sungguh mengagumkan saya.  Walaupun saya tidak ikut suami sepenuhnya ke Korea kerana saya ada tugasan sendiri di Tanahair.  Tetapi, kekerapan ke sana dapat saya selami masyarakat Korea khususnya di kawasan kampung.

Kami tinggal di sebuah pulau diberi nama Geoje Island.  Terletak hampir 40 km dari bandaraya Busan.  Di katakan dahulunya 15 tahun lepas, penduduk menaiki feri untuk ke daratan.  Tapi, sekarang mereka sudah membina sebuah terowong jalan raya melalui laluan bawah laut untuk sampai ke seberang.  Sungguh hebat dan luar biasa...

Dulu, di pulau ini mereka menggunakan kincir angin dalam urusan kehidupan mereka.  Menggunakan kuasa angin untuk mendapatkan tenaga seperti elektrik dan menggerakkan mesin.  Hebat kan...

Masyarakat Korea sangat rajin bekerja dan berdisiplin.  Pernah beberapa kali di waktu pagi hari, saya berjumpa dengan seorang imo iaitu nenek tua yang terbongkok-bongkok mengutip sampah untuk di jual di tempat recycle ♻️.  Dan, sebelum itu dia mengagih-agihkan sampah kepada bahagian-bahagian tertentu. Contohnya plastik, botol, kertas dan kompos.

Pernah sekali, saya di marahi oleh seorang imo kerana saya tidak menggunakan plastik sampah yang dikhaskan untuk membuang sampah.  Kebetulan masa itu, saya tidak kesempatan membeli beg plastik sampah jadi saya pakai je lah plastik yang ada... haaa kau.. kena bebel terangguk-angguk je lahh saya minta maaf.  Dah lah tak paham apa yang dimaksudkan.  Tetapi, saya dapat agak sebab dia tunjuk pasal plastik sampah.  Adoiii... sori lahhh imoni...hayyaaa😅

Korang jangan marah dia pulak.  Dah sendiri salah... dia sayang negara dia kot.. sebab tu diaorang ni kuat bebel pasal kebersihan.

Memang macam tu la sekali... itu sebab Korea terkenal dengan kebersihan...

Lagi satu, pernah terjadi... saya terlupa untuk lap semula lantai sebab saya ambil wuduk di dalam tandas.  Masa tu, tak terfikir nak bawak penyembur air.... maka redho je lahhh kena bebel dengan makcik cleaner... adoiii... soriii

Sememangnya salah saya, sepatutnya masuk tandas orang.  Kalau kita terima dengan keadaan bersih dan kering. Dah sepatutnya kita keluar pun kenalah dalam keadaan seperti sebelum tu...

Yes, tandas diaorang memang kering boleh bawa tilam tau.  Ada jugak yang tak kering terutamanya time winter selalunya lantai tandas jadi basah sebab salji.  Tapi, selalunya mesti cepat-cepat dikeringkan.  Nak elak daripada tergelincir.  Kalau ada air time winter pulak, air tu boleh jadi salji.  Kan bahaya tuhh...

So, berbalik pada tadi. Kalau korang travel, bawa lah penyembur wuduk.  Senang dan tak susahkan orang lain, kang kita yang sakit hati.  Hahaha padan muka sendiri lah...

Hormati orang lain, hormati privasi orang lain.  Itu lebih baik...

Ok lah... silalah melihat video kami yang sedang bergumbiraaa ...😄😄

Catatan pengalaman penulis
Disember 2014



0 ulasan