Lagi 2 Hari Nak Raya!

Seronok kan... bila sebut pasal nak raya?

Yang paling seronok mestilah kanak-kanak kan...

Tapi kali ini nampaknya bila saya tengok di sosial media, yang paling sedih ialah mak-mak budak dengan bapak budak.  Sedih sebab tidak dapat beraya di kampung.

Walaupun merentas daerah di dalam satu-satu negeri di benarkan di Malaysia tapi ramai juga yang bersabar untuk stay sahaja di rumah sendiri.  Kesian dengan orang tua di kampung sebenarnya.  Baguslah begitu...

Bagi kami anak-beranak di sini, nampaknya macam tahun lepas.  Anak-anak pun seperti imun dengan sambutan suasana hari raya di sini.  Lana dan Umar tak ada pun minta nak beli baju raya.  Katanya kalua pakai pun, nanti kesejukan. Betul juga, kain untuk baju kurung memang tak sesuai nak pakai kat sini.  Jadi, kita bertambah sejuk.  Lagipun di jangka suhu hanya di bawah 15 degree sehingga hari raya.

Kalau ikutkan kamilah satu-satunya keluarga Melayu di Kitimat ini.  Ada seorang tu masih bujang lagi.  Keluarga Muslim daripada negara lain adalah macam dari Pakistan, Yaman dan Kanada sendiri.

Cadangnya, tahun ini saya dan kawan dari Pakistan namanya Reem sudah merancang nak sambut raya sama-sama. Tapi apakan daya, Allah lebih mengetahui segala-galanya.  Tahun ini kita stay kat rumah je lah.

Kakak Lana dah cadang petang raya, kalau tidak hujan.  Kami ingin mulakan projek bercucuk tanam dan menanam pokok bunga di laman rumah.  Nak tanam sayur di kawasan belakang rumah.  Ada beberapa sayur kobis, saya sudah semai dan akan tukarkan ke tempat lebih luas atas tanah..  Seronok pula rasa, bila lihat pokok sayur kita menjadi.

Tadi sempat lain membeli, saya menambahkan anak pokok baru… InsyaaAllah, saya akan kongiskan bila sudah siap menanam ye.  Sambil membeli bahan-bahan untuk buat biskut raya, sempat lagi menyimpang dengan Lana ke tempat semaian pokok bunga..

Cerita pasal persiapan raya, sebenarnya ada bahan-bahan untuk rendang yang saya sudah simpan sebelum raya lagi.  Contohnya lengkuas, serai, daun pandan.  Ye lah, tinggal di sini… pandai-pandai la kan...kalau nak serupa macam keadaan di Tanahair.  Baik tak payah merantau.  Betul tak?

Haaa...begitulah ceritanya...

Catatan Harian..
28 Ramadhan 1441

koleksi sitikb

koleksi sitikb

koleksi sitikb
Inilah kawasan nak cari untuk buat biskut raya

koleksi sitikb
Yis pun dah ada sekarang, 2 bulan yis tak ada satu dunia pulak tuh




0 ulasan