Nikmat Yang Tidak Dapat Dinafikan

koleksi sitikb


Hampir 2 bulan, kami sudah berada hanya dalam lingkungan rumah sendiri. Paling jauh pergi pun ke Pasaraya Save on Food dan Pasaraya No Frills.  Itulah sahaja pasaraya yang ada di daerah terpencil ini.

Tapi, saya ada 3 kali saya ke Terrace yang terletak lebih kurang 70km dari rumah.  Atas urusan yang sangat penting sahaja.

Namun, saya sebenarnya saya bersyukur kerana Allah memberi saya ketenangan.  Itu yang sebenarnya semua orang ingini.  Alhamdullilah...

Banyak di televisyen, saya melihat info-info tentang pakar untuk sakit jiwa dan mental sepanjang tempoh lockdown ini.  Tidak kira di Kanada mahupun di Malaysia.  Mungkin satu dunia ramai yang bermasalah emosi.  Allahuakbar, sedih pun ada bila melihat kes-kes meningkat.  Jangan lah macam tu kawan.

Inilah masanya kita mencari Tuhan.  Sekiranya anda beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya inilah masanya anda mencari kebenaran.

Kalau kita yang beragama Islam, masa ini Allah beri kita untuk lebih mengenaliNya, menyayangiNya, mencintaiNya.  Masa inilah kita sebagai umat yang beragama Islam belajar untuk menghayati menjadi hambaNya.

Kalau kita sendiri tidak mahu taat padaNya...kita nak dengar cakap siapa lagi kan...umur semakin bertambah.

Saya masih ingat pada tahun lepas, malu saya nak cakap.  Pada bulan Ramadhan tahun lepas, banyak yang saya tidak dapat beribadah padaNya.  Terkejar sana, terkejar sini.  Nak sesuaikan dengan masa tidur lagi.  Asyik mengantuk dan pening kepala.

Tapi, tahun ini. Saya tidak perlu terkejar-kejar menghantar anak-anak ke sekolah waktu pagi.  Dan, suami juga hanya seminggu sekali sahaja ke pejabat.  Mereka melakukan kerja sekolah di rumah, bermain di rumah.  Lebih banyak di depan saya.

Banyak aktiviti boleh dilakukan bersama seperti memasak, berkebun, menjahit, kraf, solat jemaah bersama dan solat terawih.  Nikmat sangat.

Dan, saya juga yakin nikmat ini tidak lama Allah pinjamkan.  Tidak lama lagi, mungkin masing-masing sibuk semula dengan tugasan masing-masing.

Jadi, kepada kita semua hargailah nikmat ini.  Sebab nikmat ini tidak lama.  Percayalah..

Catatan Harian Musafir di Bumi Kanada 😐

koleksi sitikb

koleksi sitikb

koleksi sitikb

koleksi sitikb
Main badminton sementara tunggu Maghrib

0 ulasan